• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Faktor Boleh Sebabkan Kaum Cina Tingkatkan Sokongan

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PITAS – Tiga faktor – kelemahan pembangkang walaupun diberi peluang; langkah Malaysia menjalin hubungan baik dengan China; dan politik murni Barisan Nasional (BN), dijangka menyebabkan peningkatan besar sokongan masyarakat Cina kepada parti pemerintah Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketika menzahirkan keyakinannya malam tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun diberi peluang sebagai wakil rakyat atau sebuah kerajaan di peringkat negeri, pembangkang telah membuktikan tidak mampu menyumbang ke arah kebajikan, pendidikan dan ekonomi masyarakat Cina.

Salleh berkata masyarakat Cina juga umumnya gembira apabila kerajaan Malaysia dan China menjalin hubungan rapat, yang menyaksikan peningkatan dalam hubungan dua hala.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah melaksanakan tugas dengan baik apabila mengukuhkan hubungan ini dan amat dihormati di China.

Hubungan dua hala dan ekonomi antara Malaysia dan China kini berada pada kedudukan paling kukuh.

“Ini sudah pasti meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang ekonomi untuk rakyat,” katanya, dan menambah ia juga menunjukkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU14.

Salleh berkata demikian ketika menutup sambutan Tahun Baharu Cina daerah Pitas di sini malam ini.

Selain itu, beliau berkata BN mengamalkan politik murni tanpa menyerang mana-mana individu secara peribadi.

“Tidak seperti parti pembangkang, politik mereka adalah separuh benar dan turut memanipulasi untuk memenangi jiwa dan minda rakyat,” katanya.

Sementara itu, Salleh berkata festival seperti sambutan Tahun Baharu Cina sentiasa menjadi platform penting untuk menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata tradisi unik Malaysia harus dikekalkan kerana ia membolehkan pelbagai kaum untuk berinteraksi dan saling hormat-menghormati.  – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd