• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Mongolia Derma Emas, Kuda Bayar Hutang Negara

oleh
05/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ULAANBAATAR – Jutaan rakyat Mongolia tampil menyumbangkan wang tunai, barang perhiasan, emas bahkan kuda ternakan demi membantu pemerintah untuk membayar hutang negara mereka.

Dianggarkan negara Asia timur itu telah berhutang sebanyak 1.48 trilion tugrik Mongolia (kira-kira RM2.7 bilion) yang bakal tamat tempoh matang menjelang bulan depan, menurut laporan beberapa media antarabangsa.

Negara tersebut mengalami kekurangan wang akibat krisis ekonomi susulan kemerosotan mendadak pelaburan asing, pertumbuhan ekonomi perlahan di China dan kejatuhan harga komoditi khasnya tembaga dan arang batu.

Kini, mata wang Mongolia, tugrik, turut kehilangan hampir seperempat daripada nilainya tahun lalu. Bayangkan 100 tugrik hanya bernilai AS$0.04 manakala sebaliknya, jika AS$1 adalah bersamaan dengan 2,472 tugrik.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan bahawa kerajaan Mongolia telah mengadakan perbincangan dengan pihak China dan juga Dana Mata Wang Antarabangsa (IMF) untuk meminta bantuan pinjaman kecemasan.

Namun, kebanyakan pelabur modal tetap bimbang bahawa dana menyelamat asing itu tidak dapat dicairkan dalam waktu tarikh akhir pembayaran muktamad ditetapkan kepada Bank Pembangunan Mongolia pada Mac depan.

“Jika mereka gagal mendapatkan dana menyelamat daripada pihak IMF, dari mana lagi kerajaan Mongolia patut mempunyai dana untuk membayar tunggakan tersebut?” soal seorang penganalisi pasaran modal di Hong Kong.

“Di sisi lain, pihak pemerintah tempatan tidak mungkin mengajukan dasar pembaharuan hutang sebagai langkah jangka pendek untuk pembiayaan berulang. Ini semacam situasi kes ayam dan telur,” kata beliau lagi.

Warga Mongolia Derma Emas, Kuda Bayar Hutang Negara
Perdana Menteri Mongolia, Jargaltulga Erdenebat.

Meskipun masyarakat Mongolia sudah biasa berada dalam keadaan hidup harian yang sukar, namun kebanyakan daripada mereka tampil berikrar sedia membantu pihak kerajaan untuk menjelaskan hutang negara sendiri.

Selama ini rakyat terpukul dengan dasar pemotongan bajet pembangunan prasarana, peningkatan harga makanan dan bahan bakar, serta musim sejuk yang berat sehingga mengancam teruk sebahagian besar ternakan mereka.

Janji sumbangan daripada rakyat Mongolia mulai muncul sepanjang minggu ini, setelah beberapa pakar ekonomi terkemuka tempatan dan anggota parlimen negara itu melancarkan kempen spontan tersebut.

Pihak korporat dan kalangan wakil rakyat turut menghulurkan wang sebagai usaha sumbangan terhadap beban kewangan negara tersebut. Setakat ini sekitar 100 juta tugrik (kira-kira RM180,000) berjaya dikumpul.

Masalah terbesar Mongolia ketika ini adalah rendahnya kadar tukaran mata wang asing, untuk pembiayaan dana sepanjang tahun ini menyebabkan pelabur asing berwaspada memantau teliti perkembangan ekonomi semasa.

Mengulas isu bantuan antarabangsa itu, Perdana Menteri Mongolia, Jargaltulga Erdenebat mengaku kerajaan yakin, sebaik negara itu menerima bantuan, ia pasti memiliki cara penyelesaian untuk pembayaran muktamad pada Mac.

“Dana sumbangan daripada rakyat ini pula akan kami salurkan kepada bidang lain. Pemerintah tidak dapat melarang kempen yang dijalankan mana-mana pihak,” kata beliau dalam satu pernyataan yang dikeluarkan.

Erdenebat menambah: “Kabinet telah memutuskan untuk menggunakan sumbangan sukarela ini pada bidang kesihatan, pendidikan, prasarana awam dan pemuliharaan alam sekitar.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IMFMongolia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Kargo Mongolia Ditahan Kerana Berlabuh Tanpa Kebenaran

11/06/2022
0

Kota Tinggi : Kapal Kargo yang berdaftar dari Mongolia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didapati bersauh tanpa kebenaran...

Sri Lanka Perlukan AS$4 Bilion Untuk Mengelakkan Krisis

09/04/2022
0

COLOMBO: Sri Lanka memerlukan kira-kira AS$3 bilion (RM12.7 bilion) bantuan luar dalam tempoh enam bulan akan datang untuk membantu memulihkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd