• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Harap Bukti Baharu Tuntut Semula Batu Puteh

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor berharap penemuan bukti baharu dapat membantu kerajaan persekutuan mendapatkan semula Pulau Batu Puteh yang sebelum ini diputuskan sebagai milik Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha yang dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menuntut semula pulau itu.

“Saya berharap kali ini kita akan berjaya,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis pecah tanah Pasar Muafakat Sabah @ Johor dan penyerahan watikah pelantikan ketua masyarakat Sabah di Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Apandi dalam satu kenyataan berkata Malaysia telah memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca, Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).

Permohonan semakan semula itu yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada Khamis, adalah susulan penemuan tiga dokumen di National Archives of the United Kingdom.

Baca: Malaysia Tuntut Semak Semula Keputusan Batu Puteh

Juga: 3 Dokumen Arkib Britain Bukti Batu Puteh Hak Malaysia

Johor Harap Bukti Baharu Tuntut Semula Batu Puteh

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor yang menyambut baik permohonan semakan semula tersebut berharap pertikaian wilayah kedaulatan berkenaan akan berakhir dan memihak kepada Malaysia.

“Kami memandang isu Pulau Batu Puteh ini dengan cukup kritikal kerana ia melibatkan pertikaian wilayah kedaulatan Malaysia, yang secara sejarahnya Pulau ini dimiliki oleh Kesultanan Johor,” kata Ketuanya, Hahasrin Hashim.

Beliau berkata perkembangan terbaharu itu sudah semestinya memberikan nafas dan harapan baharu bukan sahaja kepada rakyat Johor tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sementara Batuan Tengah adalah milik Malaysia dan Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor. – BERNAMA

Tags: Khaled Nordinpulau batu puteh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd