• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keppel Ikut Jadual Bagi Penyampaian Kapal FPSO

oleh AK-47
03/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Keppel Shipyard Ltd, Singapura sedang mengikuti jadual bagi penyiapan kapal Pemunggahan dan Penyimpanan Pengeluaran Apungan (FPSO) kepada Yinson Production (West Africa) Pte Ltd.

Keppel Shipyard merupakan anak syarikat milik penuh Keppel Offshore & Marine’s (Keppel O&M), manakala Yinson adalah subsidiari sepenuhnya Yinson Holdings Bhd, sebuah syarikat pembekal perkhidmatan sokongan dan pengeluaran luar pantai yang bersepadu Malaysia.

Kapal itu akan disewa oleh ENI Ghana Exploration & Production Ltd (ENI Ghana) bagi memproses minyak dan gas (O&G) dari blok Offshore Cape Three Points (OCTP) yang terletak di luar pesisir pantai Ghana.

Kapal FPSO dengan kemampuan tambatan sebaran ini dinamakan sebagai John Agyekum Kufuor dalam satu majlis hari ini.

“Kami telah mengukuhkan hubungan dengan para pelanggan yang sering berulang dengan kami, Yinson dan ENI, dan kami berasa gembira dapat menyokong mereka sekali lagi dalam menyediakan penyelesaian FPSO ini,” kata Pengarah Urusan (Marin & Teknologi) Keppel O&M , Michael Chia dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami memiliki rekod prestasi yang cemerlang dalam pembinaan FPSO dan John Agyekum Kufuor merupakan projek penukaran kami yang ke-27 untuk Afrika, dan yang ke-125 secara keseluruhan,” kata Chia.

FPSO John Agyekum Kufuor mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 1.7 juta tong dengan kemudahan memproses minyak berjumlah 58,000 tong sehari.

Ia mempunyai ketahanan reka bentuk selama 20 tahun tanpa perlu berada dalam limbungan kering dan boleh berlabuh pada kedalaman purata air 1,000 meter dengan hampir 15,000 tan beban.

“Pasaran FPSO menjanjikan banyak peluang dan kami berasa gembira dapat memenuhi keperluan tersebut dengan penyelesaian FPSO kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan.

Keppel Shipyard, merupakan satu nama yang dipercayai bagi kerja-kerja pembaikan, penukaran dan naik taraf untuk pelbagai jenis kapal, sekarang ini sedang melaksanakan projek penukaran kapal Fasiliti Pencairan Terapung yang pertama seumpamanya di dunia.

Sementara itu, Yinson Group, telah melupuskan semua segmen perniagaan O&G pada tahun lepas dan memperkemaskan perniagaannya bagi menjadi sebuah syarikat marin dan FPSO sepenuhnya.

Sekarang ini, ia merupakan syarikat keenam terbesar dalam pasaran FPSO dunia dan mempunyai kehadiran di Afrika Barat, Eropah dan Asia Tenggara.

Sebelum itu dalam satu laporan, Yinson telah menganugerahkan kerja-kerja penukaran kepada Keppel O&M, salah satu daripada empat kontrak FPSO pada Disember 2015 yang mempunyai nilai gabungan sebanyak US$88.4 juta (US$1=RM4.42).

Kerja-kerja penukaran untuk FPSO terbabit telah bermula pada suku tahun pertama 2016.

Terdahulu, ENI telah menganugerahkan Yinson kontrak carter dan pengoperasian FPSO bernilai US$2.5 bilion bagi pengendalian dan penyelenggaraan kemudahan FPSO untuk selama 15 tahun, dengan opsyen lanjutan selama lima tahun dalam Januari 2015.

FPSO tersebut dijangka akan memulakan operasi di blok OCTP di Lembangan Tano, kira-kira 60 km di luar pesisir Ghana, tahun ini. – BERNAMA

Tags: FPSOKapal FPSOKeppel Shipyard
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd