• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Aina Nasuha Sihat Setelah Jalani Pembedahan Di IJN

oleh AK-47
03/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – “Aina kini boleh berdiri sendiri, selera makannya pun meningkat. Terima kasih kepada semua yang membantu anak kami menjalani pembedahan jantung,” kata ibu kepada Nur Aina Nasuha Mohd Zahir, 2, yang menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Disember lepas.

Nor Azila Jaafar, 31, berkata sebelum menjalani pembedahan itu, anak bongsu daripada tiga beradik berkenaan kerap demam dan batuk berkahak malah badannya kurus serta sukar untuk bergerak.

Kanak-kanak perempuan penghidap jantung berlubang yang sebelum ini memerlukan dana RM110,000 itu mendapat pembiayaan rawatan sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai menerusi Yayasan IJN dan kini kembali ke rumahnya di Penaga, di sini.

Bernama pada 15 Disember lepas melaporkan kisah Nur Aina Nasuha yang memerlukan bantuan kewangan kira-kira RM100,000 untuk membiayai rawatan di IJN.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Zahir Musa, 38, terharu dengan keprihatinan masyarakat yang membantu menyalurkan dana bagi membolehkan anak bongsunya menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung ke dalam badannya.

Perentak jantung merupakan alat pacu jantung elektronik yang diletakkan di dada atau perut bagi mengawal ritma jantung yang tidak normal. Peranti itu dapat mengelakkan pesakit daripada keletihan, sesak nafas atau pengsan malah sekiranya semakin parah, menyebabkan kematian.

“Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada pelbagai pihak termasuklah orang ramai dan juga pihak Yayasan IJN yang sudi membantu anak saya dari segi kewangan kerana kami bukannya daripada golongan yang senang,” kata mekanik itu ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Sementara itu Eksekutif Kanan Pentadbiran dan Kewangan Yayasan IJN, Siti Fairus Abdul Mohamed berkata dana yang diperoleh itu adalah hasil sumbangan badan-badan korporat melalui majlis-majlis yang dianjurkan IJN.

“Untuk tahun ini, buat pertama kalinya kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang awam yang boleh turut sama menderma melalui Yayasan IJN ini,” katanya.

Siti Fairus berkata hasil kutipan derma orang awam kepada Nur Aina Nasuha melebihi sasaran iaitu RM170,000 dan baki sumbangan itu akan disalur kepada pesakit lain yang memerlukan pembiayaan rawatan di IJN.

“Pada masa ini kami sudah ada dua pesakit yang dikenal pasti untuk kami bantu. Kami harap badan-badan korporat lain akan terus memberi sokongan kepada Yayasan IJN untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata setiap tahun Yayasan IJN membelanjakan RM3 juta hinggga RM4 juta untuk membiayai kos rawatan kepada kira-kira 150 pesakit jantung yang memerlukan bantuan dana.

Mereka yang berhasrat untuk membantu pesakit jantung yang memerlukan bantuan dana boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 564258577396 atas nama IJN Foundation atau menghubungi Eksekutif Kanan, Pentadbiran dan Kewangan IJN Foundation, Siti Fairus Abdul Mohamed di talian 03-26178200 sambungan 3196 atau 019-6032942 untuk pengesahan. – BERNAMA

Tags: JantungNur Aina Nasuha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vape, Rokok Elektronik Rosakkan Jantung

08/11/2019
0

PARIS - Kajian terbaharu menunjukkan rokok elektronik dan kandungan bahan kimia yang terdapat dalam alat itu boleh merosakkan sistem dan...

Jantung Anak Lana Nodin Terhenti 10 Minit

13/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Lana Nodin berdepan detik cemas apabila jantung anak keduanya, William Daud McKienzie yang berusia dua bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd