• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Ferguson: Lebih 400 Ditahan Rusuhan Sekitar Amerika

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

FERGUSON – Lebih 400 orang ditahan di St Louis dan bandar raya lain di Amerika Syarikat dalam rusuhan yang berlaku berikutan keputusan mahkamah tidak mendakwa anggota polis yang menembak mati seorang remaja kulit hitam.

Tunjuk perasaan diadakan di Boston, New York, Los Angeles, Dallas, Atlanta dan bandar raya lain bagi membantah keputusan juri tidak mendakwa anggota polis terbabit, Darren Wilson dalam kejadian pada 9 Ogos lalu di mana remaja kulit hitam, Michael Brown, 18, ditembak mati.

Kejadian itu juga menimbulkan pertikaian mengenai perhubungan kaum di Amerika Syarikat.

Peguam Negara Amerika Syarikat, Eric Holder memberitahu aktivis hak asasi bahawa Jabatan Kehakiman akan menyiasat dengan secara agresif amalan polis di Ferguson.

Ferguson, sebuah bandar raya yang mempunyai majoriti penduduk kulit hitam, menyaksikan rusuhan dan bantahan selama dua malam berturut-turut selepas keputusan juri berkenaan diumumkan.

Lebih 2,200 anggota ‘National Guard’ ditempatkan di sekitar Ferguson dan polis melakukan 45 penahanan di bandar raya berkenaan malam kelmarin. – Reuters

Tags: Rusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

26/03/2023
0

PETALING JAYA : Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Seksyen 5, Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd