• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyewa Lari Tak Bayar Bil, Tinggalkan Rumah Berulat

oleh AK-47
02/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI penyewa, individu terbabit hendaklah bersikap amanah dan jujur dalam menjaga setiap inci rumah yang didiami.

Jika ada sebarang masalah hendaklah berunding dan berbincang, bukannya mengambil jalan mudah dengan ‘lari’ dan meninggalkan rumah dengan keadaan yang sangat teruk.

Seperti yang berlaku kepada pemilik rumah sewa ini, rumahnya ditinggalkan dalam keadaan yang sangat busuk beserta sampah sarap malah peralatan rumah juga dirosakkan!

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, 29 menyewakan rumahnya di Taman Mantan Indah, Seremban, Negeri Sembilan kepada seorang ibu tunggal sejak enam bulan yang lalu.

Namun, penyewanya itu tergamak meninggalkan rumah rumah dalam keadaan tidak terurus dn kotor.

Penyewa Lari Tak Bayar Bil, Tinggalkan Rumah Berulat

Lebih menyakitkan hati apabila penyewa itu bukan saja merosakkan kediamannya tetapi turut membiarkan bil air dan elektrik tertunggak mencecah RM500 sebelum menghilangkan diri.

Perbuatan penyewa terbabit disedarinya pada cuti Tahun Baharu Cina lalu selepas membuat kunjungan mengejut ke rumahnya.

“Dari luar rumah sudah berbau busuk dan nampak hurungan lalat di merata-rata. Bila saya masuk, saya hanya mampu mengucap panjang, tengok keadaan rumah yang lantainya berlendir dan terdapat ulat sampah.

“Saya dapat masuk ke dalam rumah itu pun kerana ada penyewa lain di situ yang sewa bilik dengan wanita berkenaan. Tak tahulah macam mana dia boleh duduk dalam keadaan begitu,” katanya memetik Sinar Harian.

Beberapa peralatan rumah seperti pintu, kepala paip dan singki juga rosak seolah-olah seperti disengajakan. Fatin cuba menghubungi penyewa berkenaan namun panggilannya tidak berjawab.

“Rumah itu pada awalnya saya mahu sewakan RM450 tapi wanita itu hubungi saya dan berharap sangat dapat sewa di situ.

“Tapi minta saya kurangkan kepada RM400 kerana dia ibu tunggal dan menyara seorang anak lelaki berusia lima tahun.

“Saya simpati dengan keadaannya dan bersetuju kurangkan kadar sewa dengan syarat dia menjaga rumah dengan baik seperti mana saya berikan kepada dia.

“Patutlah selama ini dia selalu mengelak dan memberi pelbagai alasan setiap kali dia meminta duit sewa.

“Apa yang berlaku memberi pengajaran kepada saya supaya selepas ini lebih berhati-hati mencari penyewa, walaupun dua penyewa sebelum ini tidak bermasalah.

“Sebelum ini saya baca laporan akhbar mengenai penyewa begini, tapi sekarang saya pula jadi mangsa,” ujarnya.

Difahamkan, Fatin terpaksa menanggung kos baik pulih segala kerosakan rumah sewanya dianggarkan lebih RM1,000 serta menjelaskan segala tunggakan bil sebanyak RM500 serta menanggung kerugian sewa tertunggak. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: Rumahsewa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd