• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIJ Akan Panggil Muhyiddin Skandal Dengan Bini Orang

oleh
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bakal memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan terlibat dalam skandal dengan seorang wanita.

Perkara tersebut disahkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dan berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dipanggil dalam masa terdekat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.

Ia setelah pihaknya berjaya menyerahkan semua dokumen yang lengkap melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkaitan dengan kes berprofil tinggi berkenaan kepada pihak jabatan tersebut di sini Khamis.

“Saya difahamkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah pun menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM sendiri.

“Ia sekali gus cukup syarat untuk memanggil Muhyiddin supaya dapat hadir. Fail berkaitan kes ini juga telah dibuka dan diteliti oleh JAIJ malah pihak kami akan membantu untuk menyalurkan segala dokumen dan bukti yang ada.

“Justeru, JAIJ akan panggil Muhyiddin untuk bantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya yang hadir memberi keterangan dan menyerahkan dokumen dan bukti mengenai kes tersebut di Bahagian Penguatkuasaan JAIJ di sini.

stanley nika

Azwanddin kelihatan tiba di pejabat bahagian tersebut pada pukul 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Shaiful Najib berhubung kes skandal Muhyiddin dengan wanita bukan Muslim tersebut.

Pada 2 September tahun lalu, Azwanddin pernah menggesa Muhyiddin supaya segera tampil memfailkan saman malu terhadap seorang peguam terkenal, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Nika Gee Siew Yee.

Pasangan itu berkahwin pada 2007 sebelum Augustin memfailkan perceraian pada 2014. Beliau mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu manakala Siew Yee pula dua anak hasil perkahwinan sebelum itu.

Kes perceraian berprofil tinggi pasangan itu menarik perhatian ramai kerana turut melibatkan dengan jelas nama Muhyiddin sebagai alasan mantan timbalan pendakwa raya berkenaan mahu berpisah daripada pasanganya.

Terdahulu pada 2 Jun tahun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah berhubung skandal antara Muhyiddin dan iste­rinya.

Ahli Parlimen PPBM Pagoh itu pernah menafikan dakwaan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut isu berkenaan apatah lagi bersumpah menjunjung al-Quran bagi membersihkan namanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Stanley Clement Agustin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd