• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejar Penunggang Motosikal Punya Pasal…

oleh AK-47
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK semalam, beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabas jatuh ke dalam parit mula tular menerusi media sosial.

Kejadian aneh itu dipercayai berlaku di Jalan Nenasi dekat Rompin, Pahang kira-kira jam 6 petang.

Beberapa saksi memberitahu bahawa peronda JPJ Pahang tersebut sedang mengejar dua budak lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Semasa berlakunya kejar-mengejar, kenderaan pacuan empat roda itu tiba-tiba hilang kawalan hingga terbabas ke dalam parit berhampiran jalan.

Kejar Penunggang Motosikal Punya Pasal...

Kejar Penunggang Motosikal Punya Pasal...

Kejar Penunggang Motosikal Punya Pasal...

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya.

“Kita cuba mengejar suspek hingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan,” katanya.

Insiden terbabit turut menyebabkan netizen menganggap ia sebagai lucu dan tidak kurang juga yang bersimpati dengan mendoakan keselamatan anggota JPJ tersebut.

“Jangan disangka air yang tenang tiada JPJ,” gurau Akmal Mustafa.

“Biasanya JPJ main sorok-sorok dekat celah pokok-pokok, tapi ni betul-betul menyorok ni 😂,” tulis Ridhwan Saidi.

Bagaimanapun, kedua-dua anggota tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaan itu setelah dibantu oleh penduduk kampung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JPJkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd