• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alahai Budak WeChat… Mengaku Sudah Beromen

oleh AK-47
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG kekasih yang berkenalan menerusi aplikasi sosial WeChat mendapat malu besar apabila aktiviti memadu asmara mereka akhirnya terbongkar.

Ia terdedah setelah penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengadakan serbuan di sebuah hotel di Kuala Terengganu, semalam.

Pasangan yang dicekup dalam keadaan mengaibkan ini mengaku sudah pun menjalinkan hubungan seks ketika serbuan dijalankan kira-kira pukul 11.3o malam.

Menurut pasangan berusia 20 tahun yang masih tidak bekerja ini, mereka baru sahaja berkenalan menerusi WeChat sejak dua bulan lalu.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim berkata, serbuan dijalankan bersama dua anggota polis setelah pihaknya menerima maklumat orang awam.

Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang sebelum itu.

“Pasangan terbabit bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel berkenan kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.

“Ketika soal siasat, gadis itu mengaku sudah melakukan persetubuhan sebelum serbuan dilakukan dan memaklumkan mereka pernah terlanjur di lokasi lain.

“Mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: terlanjurwechat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerani Rugi RM230,000 Ditipu ‘Bakal Suami’ Di WeChat

10/12/2019
0

LABUAN - Seorang kerani operasi luar pesisir mengalami kerugian RM230,000 selepas ditipu 'bakal suaminya' yang dikenali menerusi WeChat. Ketua Polis...

Suami Isteri Terbabit Kes Pelacuran Didakwa

13/11/2019
0

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri berdepan hukuman penjara, sebatan dan denda selepas didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd