• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas ‘Hop On Hop Off’ Rancakkan Tahun Melawat Terengganu

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu membeli dua buah bas dua tingkat bernilai RM1 juta yang berkonsepkan ‘hop on hop off’ untuk merancakkan lagi ‘Tahun Melawat Terengganu 2017, Visit Beautiful Terengganu’.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bas sedang dalam pembinaan itu, akan memberi perkhidmatan kepada para pelancong untuk melihat pemandangan sekitar bandar raya ini yang terkenal dengan jolokan bandar raya pesisir pantai, apabila siap kelak.

“Laluan bas berkenaan kita akan tambah daripada laluan sedia ada supaya para pelancong dapat menikmati sepenuhnya pemandangan dan keindahan panorama yang dimiliki negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Bas Kite’ iaitu perkhidmatan bas bandar yang mempunyai reka bentuk rumah tradisional Terengganu di sini hari ini.

Mempunyai reka bentuk kisi atap yang unik dan berbumbung tradisional serta bermotifkan bunga-bungaan, bas ini dijenamakan semula bagi menambah baik kemudahan bas bandar sekaligus mempromosikan produk dan tempat pelancongan di sekitar bandar raya ini.

Hiasan dalaman bas ini menggunakan elemen kayu, dilengkapi kerusi taman serta dinding luar yang dihias ukiran kayu beserta tingkap boleh laras bagi kemudahan pelancongan merakam panorama indah sekeliling bandar raya ini.

Menurut kenyataan Syarikat Cas Ligas Sdn Bhd, yang mengendalikan operasi bas berkenaan, perkhidmatan bas itu akan mempunyai dua laluan terkini yang lebih strategik bagi sektor pelancongan iaitu Laluan Masjid Terapung (CO1) dan Laluan Masjid Kristal (CO2).

Laluan Masjid Terapung akan bermula dari Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ke Dataran Shahbandar, Hotel Primula Beach Resort, Pantai Batu Buruk, Masjid Terapung, Kompleks Kraf Noor Arfa dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.

Laluan Masjid Kristal pula bermula dari Terminal Bas MBKT ke Dataran Shahbandar, Bulatan Batu Bersurat, Muzium Negeri, Masjid Kristal, Kampung Losong, Pasar Pulau Warisan, Kampung Cina dan Pasar Payang.

Harga tiket bagi setiap penumpang adalah RM1 hingga RM3 seorang bagi tiket bas henti-henti, pas harian satu laluan RM5 seorang dan kadar pas harian semua laluan RM8 seorang. – BERNAMA

Tags: bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd