• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KRU Feri Jatuh Ke Laut Ditemukan Mati Lemas

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Kru feri yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut pada kira-kira 8.50 malam tadi, ditemukan mati lemas berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis di sini pada kira-kira 12 tengah hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar DSP Zaini Talib berkata mayat Firdaus Mohamad Zulkifli, 20, yang berasal dari Baling ditemukan kira-kira 50 meter dari terminal itu oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk bedah siasat sebelum urusan pengebumian, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Firdaus dilaporkan terjatuh dari feri ketika cuba menutup pintu sebuah lagi feri bersebelahan dengan feri penumpang yang dinaikinya pada kira-kira 8.50 malam tadi.

Zaini berkata operasi SAR yang bersambung pada pagi ini membabitkan pencarian di kawasan seluas kira-kira 56 kilometer persegi bermula dari Kurong Tengar hingga Kuala Sungai Baru di sini membabitkan tujuh bot dan 122 anggota.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Zulkifli Md Isa, 50, ketika ditemui pemberita berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak sulungnya itu oleh kawan anaknya yang juga bekerja sebagai kru feri.

“Saya mendapat panggilan daripada kawannya pada kira-kira pukul 10 malam tadi dan kami (saya dan isteri Zaiton Saidin, 50,) bergegas datang ke sini dari rumah kami di Kampung Bukit, Baling.

“Tak sangka dia pergi dahulu sebelum kami,” katanya dengan sayu.

Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi yang terbabit dalam operasi SAR berkenaan ialah Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM). – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd