• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Volvo Malaysia Sasar 5 Pasaran Baharu Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Volvo Car Manufacturing Malaysia Sdn Bhd menyasarkan pasaran eksport lebih luas di rantau Asia tahun ini susulan langkah pengubahsuaian kilangnya di Shah Alam, Selangor yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran.

Pengarah Urusan, Fredrik Karlsson berkata Vietnam, Myanmar, Filipina, Indonesia dan Taiwan sebagai lima pasaran eksport baharu.

“Kami akan mula mengeksport pada pertengahan 2017 (sebaik sahaja pengubahsuaian selesai) dengan SUV (kenderaan utiliti sukan) mewah XC90, diikuti kereta baharu pada akhir tahun,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pengubahsuaian kilang dengan peruntukan RM20 juta itu adalah sebahagian daripada pelan perluasan Volvo menjelang 2020 untuk meningkatkan pengeluaran keseluruhan kepada 5,000 kenderaan setahun.

Bagi 2017, Karlsson berkata pembuat kereta itu menyasar untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 50 peratus daripada 1,500 kenderaan ketika ini, dan 50 peratus lagi pada tahun akan datang.

60 peratus daripada pengeluaran keseluruhan adalah bagi penggunaan domestik manakala bakinya dieksport ke Thailand.

“Selama ini ia adalah sebaliknya, disebabkan Thailand mengalami kesukaran (ketidaktentuan ekonomi dan cuaca buruk) pada tahun lepas, kami telah mengurangkan pengeluaran,” katanya.

Berdasarkan kilang yang diubahsuai itu, yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun, beliau mengunjurkan nisbah penggunaan domestik kepada eksport berubah iaitu 25:75.

Volvo mula bertapak di Malaysia pada 1967 dengan kilang di Shah Alam sebagai kemudahan pengeluaran pertamanya di luar Sweden.

Karlsson berkata, Malaysia akan terus menjadi pasaran penting bagi Volvo serta hab pengeluaran dan pembelian di Asia Tenggara.

Beliau berkata, dengan menjadi hab pembelian, Volvo turut melihat kemungkinan pembekal Malaysia menembusi pasaran di China.

“Ini sudah tentu menjadi peluang besar kepada pembekal Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: volvo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Volvo Car Malaysia Umum Charles Frump Pengarah Urusan Baharu

12/08/2021
0

Volvo Car Malaysia Umum Pelantikan Charles Frump sebagai Pengarah Urusan Baru

Volvo Family Bond Gives All Employees 24 Weeks Paid Parental Leave

30/03/2021
0

Volvo Cars Family Bond Gives All Employees 24 Weeks Paid Parental Leave

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd