• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Sebak Wakili Ketua Pramugari MH 17 Terima Ijazah

oleh Ahmad Albab
28/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Gugur air mata seorang ibu ketika berdiri menerima Ijazah milik anaknya, Azrina Yaakob yang terkorban dalam tragedi nahas pesawat MAS MH 17.

Habibah Ismail, 65, datang dari Alor Setar ditemani tiga anaknya untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) yang disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.

Ujar warga emas itu, dia tidak dapat membendung kesedihan tatkala nama anaknya disebut sebagai penerima anugerah seterusnya pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-81, Rabu lepas.

MALAYSIA-UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-AVIATION-ACCIDENT

“Ketika di atas pentas tadi, Mak Cik bertambah sebak terutama ketika pengacara majlis menceritakan mengenai tragedi MH 17 sebelum meminta semua yang berada dalam dewan menghadiahkan al-Fatihah buat mangsa tragedi itu,” ujarnya kepada pemberita Bernama.

Mangsa yang berusia 41 tahun melanjutkan pelajarannya secara pengajian jarak jauh (PJJ) di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam ketika sedang berkhidmat dengan MAS sebagai ketua pramugari.

Azrina berjaya menamatkan pengajiannya sebelum terkorban dalam nahas pada 17 Julai lepas apabila pesawat yang dinaikinya ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: MASMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd