• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Datu: Harap BN Menang Tanpa Bertanding

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berharap Barisan Nasional (BN) akan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada 18 Feb ini.

Sekalipun begitu, beliau berkata PBB tetap bersedia untuk menggerakkan jentera pilihan raya parti sekiranya ada pertandingan.

“Sebagai mengenang jasa bekas ketua menteri kita Allahyarham Tan Sri Adenan Satem saya minta supaya kerusi itu (Tanjung Datu) diberi kepada BN tanpa ada pertandingan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya sebelum itu meninjau pembinaan persimpangan bertingkat di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kapali Abang Akip di Petra Jaya di sini.

Mengulas lanjut, Fadillah turut berterima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat Sarawak yang memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu nanti.

Ketua Menteri merangkap pemangku Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dijangka mengumumkan nama calon BN bagi pilihan raya kecil itu di ibu pejabat PBB hari ini.

Pilihan raya kecil Tanjung Datu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Tan Sri Adenan Satem pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon, pengundian awal pada 14 Feb dan hari pengundian pada 18 Feb. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Fadillah Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Teknologi

21/04/2018
0

KUCHING - Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang muncul dalam bentuk Revolusi Industri 4.0 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd