• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Jatuh Dalam Periuk Air Panas Ketika Rewang

oleh AK-47
31/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NGERI sungguh! Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melecur hampir seluruh badan selepas terjatuh dalam sebuah periuk berisi air panas ketika berada di sebuah rumah kenduri di Kulim, Kedah, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengahari itu, mangsa, Mohd Aizul Aiman Mohd Khairul Nizam dikatakan sedang bergurau dengan adiknya sambil berjalan mengundur belakang dan mahu mengelak meja sebelum terjatuh dalam periuk tersebut.

Mangsa dan adiknya, 6, datang ke rumah kenduri itu mengikut datuknya, Seha Zain, 54, yang ingin membantu memasak secara rewang.

“Saya sudah pesan dekat cucu-cucu, banyak kerja nak kena buat. Kira-kira jam 1 tengah hari saya berehat sambil berbual dengan orang kampung di bahagian dapur tempat orang bergotong royong memasak cucu pun ikut sekali.

“Tiba-tiba sahaja orang depan saya menjerit beritahu cucu sudah terjatuh ke dalam periuk air panas yang tengah dijerang dalam keadaan pinggulnya terendam ke dalam air.

“Saya terkejut dan tak dapat nak fikir apa-apa terus jirus cucu saya dengan air paip. Saya buka seluar panjang yang dipakai cucu dan nampak kulit dibahagian pinggul dan kaki luruh,” katanya dipetik Sinar Online. 

Sementara itu, Seha memberitahu orang kampung yang menyaksikan insiden itu turut menasihati dirinya membawa cucunya ke hospital segera.

“Ada orang kampung ajak saya cepat-cepat ke hospital, bila dalam perjalanan cucu sempat bertanya adakah saya pernah alami nasib yang sama sepertinya.

“Sekarang cucu ada di Hospital Pulau Pinang, esok (hari ini) saya difahamkan dia akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kulitnya,” katanya.

 

Tags: budakmelecurPeriuk PanasRewang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang 'budak', tapi 'budak' ini memang budak yang rajin" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd