• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makan Udang Awet, Badan Nabila Naik Bintik Merah

oleh AK-47
31/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Nabila Huda tidak menyangka makanan laut kegemarannya, udang bakal menyebabkan dia mengalami alahan teruk sehingga perlu menerima rawatan di hospital, baru-baru ini.

Akibat alahan teruk itu, Nabila memberitahu, muka dan seluruh badannya mengalami kegatalan serta dinaiki bintik-bintik merah.

Menurutnya, dia tidak pernah mengalami alahan seperti itu sebelum ini sekiranya menjamah udang.

Namun setelah pemeriksaan hospital, barulah dia faham kerana doktor memaklumkan makanan laut yang diambilnya itu kemungkinan telah diawet dengan bahan kimia.

“Saya cuma makan udang yang dibeli dan dimasak sendiri. Selepas mengalami alahan teruk Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital dan doktor memaklumkan bahawa udang yang saya beli itu diawet dengan bahan kimia supaya tahan lama.

“Seluruh badan saya dipenuhi bintik-bintik merah, tetapi mujurlah bahagian muka tidak terlalu teruk. Sebelum ini, saya memang selalu makan udang kerana ia makanan laut kegemaran saya dan tak pernah pula alami perkara sebegini.

“Sekarang saya bergantung kepada ubat yang diberikan doktor. Ubat itu membuatkan saya mengantuk dan sedikit-sebanyak mengurangkan rasa gatal apabila saya terlelap,” katanya kepada Harian Metro.

Jelas Nabila dia kini berehat di kediaman keluarga suaminya dan dijaga ibu mentuanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nabila Huda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PU Syed, Datang Jumpa Saya” – Nabila

05/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Nabila Huda, mengakui terkilan dengan cara Pencetus Ummah (PU) Syed menegur perlakuannya secara terbuka di media...

Nabila Tak Patut Muat Naik Gambar Dengan Anjing – PU Syed

01/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seperti dijangkakan, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya kelmarin menjadi kontroversi di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd