• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Seorang Mangsa Lemas Pantai Damai Ditemukan

oleh AK-47
30/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTUBONG – Mayat seorang daripada dua pekerja warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika berkelah di Pantai Damai Puri, di sini tengah hari semalam, dijumpai petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat Rusmana, 44, dijumpai terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Unit Polis Udara pada pukul 3 petang tadi.

Menurutnya, mayat itu ditemui kira-kira 100 meter dari batu besar di kawasan pantai di mana lokasi terakhir mangsa dikatakan lemas.

“Mayat mangsa dikenal pasti anggota keluarganya. Ia telah diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak,” katanya.

Farhan berkata operasi SAR hari kedua hari ini turut disertai polis, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Rela dan pasukan berkayak Damai Resort mengunakan bot dan kayak.

Bagaimanapun, katanya, gerakan mencari menggunakan bot terpaksa dihentikan tengah hari tadi berikutan keadaan angin bertiup kencang dan laut bergelora.

Beliau berkata, operasi pencarian seorang lagi mangsa yang dikenali Usman Suhama, 20, diteruskan oleh pasukan SAR menggunakan kaedah pencarian di permukaan sekitar pesisir pantai dengan dibantu pasukan berkayak Damai Resort dan Unit Udara Polis. – BERNAMA

Tags: JBPMSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesian Pakcik Ni, Difitnah Jual Makanan Tak Halal

Next Post

Hanya 9 Mangsa Banjir Di Sabak Bernam

Related Posts

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

SAR Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan, Fokus Rungkai Backlog

30/08/2024
0

Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid...

Next Post

Hanya 9 Mangsa Banjir Di Sabak Bernam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd