• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Along Kutip ‘Angpau’ Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
30/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Polis kini memburu tiga lelaki warga tempatan yang dipercayai menganggotai kumpulan ‘along’ yang merampas barang berharga dan wang tunai daripada satu keluarga di Sungai Mati, dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata pada kejadian awal pagi Tahun Baharu Cina tersebut, pengadu wanita berusia 23 tahun itu didatangi tiga lelaki yang membuat bising di luar rumah memintanya membayar hutang berjumlah RM2,000.

“Ketiga-tiga suspek kemudian bertindak ganas membakar motosikal yang berada di hadapan rumah apabila pengadu tidak berani keluar dari rumah setelah diugut oleh suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohad Idris berkata nasib malang menimpa bapa mangsa yang berusia 46 tahun, apabila dia bertindak keluar dari rumah dan ditikam dengan senjata tajam yang disyaki sebilah pisau oleh seorang daripada suspek.

“Ketiga-tiga suspek kemudian masuk ke rumah dan merampas barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa dianggarkan bernilai RM4,000 sebelum melarikan diri,” kata beliau.

Beliau berkata bapa mangsa yang merupakan seorang tukang baiki mesin jahit kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Hasil siasatan awal mendapati abang kepada mangsa telah meminjam wang sebanyak RM2,000 dan telah melarikan diri apabila gagal menjelaskan hutangnya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.

Menurut Mohad Idris pihaknya telah mengenal pasti dua daripada suspek dan masih menyiasat seorang lagi suspek yang belum dikenali.

Sehubungan itu, polis ingin menghubungi Ker Chian Hau, 25, dan Vincent Jauy Joo Sen, 24, yang juga rakan kepada abang mangsa, bagi membantu siasatan.

Mohad Idris meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek supaya menghubungi balai polis yang berhampiran. – BERNAMA

Tags: ahlong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Bongkar Modus Operandi Baharu Along

10/08/2018
0

KUANTAN - Polis berjaya membongkar satu sindiket pinjaman wang tanpa lesen menggunakan Mesin Penghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mengiklankan...

Perlu Sedar Risiko Pinjam Wang Along – TPM

25/02/2018
0

KUANTAN - Mereka yang memilih untuk meminjam wang daripada peminjam wang haram atau along harus sedar risiko yang perlu ditanggung,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd