• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Ingatkan Rakyat Jaga Kebersihan

oleh AK-47
30/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini mengingatkan rakyat di negeri itu agar sentiasa mengambil berat aspek penjagaan kebersihan persekitaran bagi menghalang pembiakan aedes.

Baginda bertitah langkah berkenaan penting untuk mengelak penularan wabak denggi dalam kalangan rakyat berikutan Pahang antara enam negeri yang mencatatkan peningkatan kes demam denggi pada minggu ketiga tahun ini.

“Saya juga mengingatkan (tentang) kebersihan berkaitan kebersihan persekitaran, kebersihan di rumah. Saya dimaklumkan pihak media tadi, katanya Pahang (berada) dalam satu keadaan berwaspada bersama negeri lain disebabkan wabak denggi.

“Kalaulah ini benar, saya berharap kita semua perlu mengambil peringatan serius dan berhati-hati,” titah baginda kepada pemberita selepas berkenan mengurniakan sumbangan kepada 745 mangsa banjir ketika melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor, Mentakab, dekat sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga berkenan memasak hidangan tengah hari untuk semua mangsa banjir itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan, berkata enam negeri mencatatkan peningkatan kes demam denggi iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan pada minggu ketiga tahun ini.

Katanya bagi tempoh 15 hingga 21 Jan, sebanyak 2,053 kes dilaporkan di kesemua negeri itu dengan peningkatan sebanyak 177 kes (9.43 peratus) berbanding 1,876 kes pada minggu sebelumnya (8-14 Jan).

Sementara itu, mengenai bencana banjir di Pahang, Tengku Abdullah mengibaratkan kejadian sebagai satu hikmah dan petunjuk kepada rakyat di negeri berkenaan.

“Sekurang-kurangnya kita dapat mendekatkan pihak pemerintah, pihak kerajaan dengan rakyat…selain itu, kita dapat juga menyelesaikan masalah peribadi, masalah keluarga sedikit-sebanyak,” katanya.

Sementara itu, mengambil contoh tragedi kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan yang ditemukan lemas akibat banjir di Pekan dua hari lepas, Tengku Abdullah mengulangi ingatan agar ibu bapa mengambil serius akan keselamatan anak-anak semasa banjir.

“Saya tidak mahu lagi kejadian ini berlaku di tempat lain…jadikan amalan mengira bilangan anak mereka, bangun pagi bilang anak mereka berapa, begitu juga makan tengah hari, petang dan malam, kena jadikan ini prosedur keluarga, sekurang-kurangnya kita tahu di mana anak kita berada,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: AedesPahangTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd