• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Perikanan Dikhuatiri Lemas Di Pantai Pandak

oleh
29/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang Pegawai Jabatan Perikanan Terengganu dikhuatiri lemas dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi di Pantai Pandak, Chendering, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata Mohd Farid Abdullah, 45, dipercayai mandi seorang diri di pantai itu.

Seorang individu berusia 30 tahun yang berada berdekatan pantai berkenaan melihat mangsa terkapai-kapai tidak jauh dari pantai dan memaklumkan kejadian kepada pihak polis, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Idris berkata sebuah motosikal jenis Kawasaki Scrambler dan sepasang selipar ditemukan kira-kira 500 meter dari pesisir pantai dan isteri mangsa mengesahkan kedua-duanya milik mangsa.

Difahamkan mangsa sering berkunjung ke pantai itu untuk mandi dan mangsa juga bercadang membawa isterinya mandi di pantai berkenaan esok.

Beliau berkata operasi mencari dan mengesan mangsa yang melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela diaktifkan pada 2 petang tadi.

Beliau berkata operasi pencarian dilakukan merangkumi jarak satu hingga dua kilometer di kawasan pantai dan permukaan laut.

“Sehingga kini pasukan belum menemukan sebarang petunjuk dan operasi diteruskan sekalipun berdepan dengan ombak besar dan laut bergelora,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemasTerengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd