• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Razif Terkejut Dicalon Timbalan Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
28/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif merasa terkejut apabila mengetahui namanya turut dicalon untuk merebut jawatan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagaimanapun berkata beliau belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Katanya pertimbangan sewajarnya perlu dilakukan kerana jawatan itu memerlukan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi khususnya ketika rakyat Malaysia amat mengharapkan sukan bola sepak negara kembali menyinar di peringkat antarabangsa.

“Saya belum memutuskan apa-apa keputusan. Berikan saya masa untuk memikirkan sedalam-dalamnya agar keputusan dibuat nanti adalah yang terbaik untuk semua pihak khususnya kepada rakyat negeri Terengganu.

“Terengganu sendiri tidak mencalonkan saya dan saya juga tidak mengetahui mana-mana negeri dan persatuan yang mencalonkan saya,” katanya kepada pemberita selepas meyaksikan perlawanan antara Terengganu menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Skuad penyu menang 1-0.

Ahmad Razif berkata pada masa sama berkata beliau tidak mahu tugasnya sebagai menteri besar terganggu sekiranya terpilih memikul tugas timbalan presiden FAM.

“Kita perlu lihat situasi yang sebenar sebelum memutuskan apa-apa jawapan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanFAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd