• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 160 Anggota Polis Dalam Op Jenayah Khas

oleh AK-47
29/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 165 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak ditugaskan dalam Op Jenayah Khas di beberapa kawasan pelancongan di seluruh negeri sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri SAC T. Selven berkata operasi yang bermula sejak Rabu lalu itu merupakan satu daripada usaha pencegahan jenayah demi menjaga keselamatan dan ketenteraman orang ramai di sekitar kawasan pelancongan.

Beliau berkata operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Pendaftaran Perak serta Jabatan Imigresen Perak.

“Kita akan memantapkan lagi usaha pencegahan jenayah semasa musim perayaan di setiap kawasan tumpuan pelancongan di seluruh negeri ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Selven berkata Polis Perak akan menggandakan usaha dalam mengatasi masalah kes pecah rumah dalam Op Selamat sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Sehingga kini polis belum menerima laporan mengenai kes pecah rumah yang berlaku di sekitar negeri ini dan kita menasihati orang ramai yang bercuti atau balik kampung agar memaklumkannya kepada polis,” katanya.

Selven berkata mereka yang ingin bercuti serta meninggalkan rumah tanpa penghuni boleh memberi maklumat kepada polis dengan mengisi ‘Borang Balik Kampung’ dan perlu menyerahkannya kepada balai polis berhampiran.

“Ini bagi membolehkan Unit Ronda Motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) polis melakukan rondaan serta memantau di sekitar kawasan rumah yang ditinggalkan untuk mengelak sebarang kes jenayah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Op Jenayah Khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd