• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayam Jantan Dihukum Penjara Kerana Cetus Kekacauan

oleh
29/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGUCIGALPA – Ketika etnik Tionghua di seluruh dunia merayakan tahun ayam jantan bersempena dengan Tahun Baharu Cina, lain pula hal di Honduras, sebuah negara kecil di rantau Amerika Tengah.

Unggas tersebut didakwa sebagai punca sebenar pencetus kekacauan yang memicu pertengkaran antara masyarakat di sebuah penempatan sehingga terpaksa dihukum penjara, menurut laporan media tempatan di sini hari ini.

Insiden tidak diduga itu mula tercetus apabila seekor ayam jantan di bandar kecil Trujillo, wilayah Colon, di utara Honduras mengakibatkan berlaku pertengkaran dahsyat antara dua keluarga hidup berjiran dan aman selama ini.

Seorang lelaki yang tidak dinyatakan identitinya menyatakan bahawa, ayam jantan tersebut pada mulanya masuk ke ladangnya, lalu naik ke atas sebatang pohon, dan berkokok dengan amat kuat sehingga mengejutkan penduduk.

“Suara tingginya itu membuatkan kehidupan saya terganggu,” kata pemilik ladang berkenaan. Ketika dia kemudian mengusir ayam jantan tersebut, si pemilik unggas itu pula enggan menerima dan mengakui ia sebagai miliknya.

Ayam Jantan Dihukum Penjara Kerana Cetus Kekacauan

Dia bahkan dengan angkuh mengugut pula si jirannya tersebut dengan ancaman berbaur kekerasan apabila dilaporkan berkata: “Sekiranya kamu berani menendang ayam saya itu, saya akan bunuh kamu pula.”

Pertengkaran kedua-dua lelaki berkenaan akhirnya bertambah panas dan sebelum terjadi aksi pembunuhan yang tidak sepatutnya, beberapa jiran segera menghubungi pihak polis untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Anggota polis tempatan kemudian bergegas datang ke lokasi tersebut dan mereka mujur berjaya meredakan ketegangan dua lelaki itu sebelum sempat kedua-duanya saling mencederakan lawan masing-masing.

Setelah melakukan penyiasatan lebih terperinci, pihak polis memutuskan untuk menahan si ayam jantan kerana dianggap sebagai punca kekacauan sehingga berpotensi menyebabkan berlaku kecederan atau pembunuhan.

Sejumlah foto memperlihatkan anggota polis berjaya menangkap ayam jantan itu dan menyumbatkannya ke ruang tahanan namun tidak dinyatakan bilakah hukuman penjara itu berakhir. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ayamcina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd