• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Ambil Kira Saranan TPM Tidak Bertanding Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sedia mengambil kira saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, katanya, keputusan muktamad akan disahkan dalam tempoh dua minggu lagi selepas perjumpaan dengan persatuan yang mencalonkan beliau.

“Sudah pasti Timbalan Perdana Menteri sebagai bos saya, saya sudah pasti mengambil kira nasihat beliau, saya hanya perlu mengesahkan sama ada nak bertanding atau tidak dalam masa dua minggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Minggu Taáruf bersama pelajar baharu Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Menurut laporan media semalam, Ahmad Zahid menasihatkan Khairy agak tidak menawarkan diri atau menerima pencalonan untuk bertanding jawatan presiden tersebut.

Menurutnya, Khairy seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada portfolio yang dipegangnya agar memberikan perhatian kepada semua sukan di Malaysia dan bukan hanya semata-mata kepada sukan bola sepak.

Selain Khairy, FAM mengesahkan tiga lagi dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; bekas timbalan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Sementara itu Khairy berkata, calon yang bertanding harus mempunyai kapasiti dan pengaruh untuk menjadi seorang presiden FAM yang efektif.

“Individu itu sendiri yang memainkan peranan untuk menerajui kepimpinan FAM dan bukannya disebabkan dia (calon) adalah orang politik atau kerabat diraja,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd