• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Hantu Keluar Dari TV Ala Filem The Ring

oleh
29/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Bayangkan apakah yang akan anda rasa jika ‘hantu’ berambut panjang tiba-tiba boleh pula merangkak keluar daripada kaca televisyen dan cuba mengejar anda sendiri?

Itulah yang berlaku kepada sekumpulan pelanggan di sebuah kedai elektronik di sini apabila mereka terpaksa lari lintang-pukang sambil terpekik-pekik apabila terkejut melihat ‘hantu’ seram muncul di depan mata.

Namun, ternyata semua itu sebenarnya hanya gimik untuk mempromosikan filem seram terbaharu ‘Rings’ – susulan kepada filem ‘The Ring’ – yang bakal ditayangkan di pawagam nanti, menurut portal berita Daily Mail.

Dalam video yang sudah menjadi tular dan dimuat naik ke akaun rasmi ‘Rings’ menerusi laman Twitter, pelanggan pada mulanya dibawa masuk ke sebuah kedai elektronik untuk meninjau pelbagai set televisyen di situ.

Kecoh Hantu Keluar Dari TV Ala Filem The Ring

Pembantu jualan kedai tersebut menjelaskan kepada mereka ciri-ciri menarik televisyen-televisyen berkenaan, yang katanya mampu mempamerkan gambar seakan-akan hidup, menurut Daily Mail.

Beliau kemudian meninggalkan ruang pameran itu, ketika promosi trailer dari filem ‘Rings‘ dimainkan di televisyen. Namun, alangkah terperanjatnya mereka, apabila watak hantu kanak-kanak perempuan berambut panjang muncul.

Dengan berpakaian serba putih seperti dalam trailer tersebut, lembaga itu tiba-tiba ‘hidup’ dan merangkak keluar daripada kaca televisyen. ‘Hantu’ yang dikenali sebagai Samara itu berwajah kelabu dan matanya cengkung.

Dia bahkan cuba selamba menyentuh badan beberapa individu dari belakang yang leka menonton trailer itu. Mereka yang disentuh malahan dilihat lari ketakutan sambil meneriak kuat “Ya Tuhan!”

Kecoh Hantu Keluar Dari TV Ala Filem The Ring

Filem ‘Rings’ berkisar tentang kisah seorang wanita yang bimbang akan teman lelakinya akibat obses terhadap sebuah pita video lama, yang sebetulnya membawa maut kepada sesiapa sahaja menontonnya.

Dalam filem ‘The Ring’, yang dikeluarkan 14 tahun lalu dan berdasarkan kepada filem Jepun bertajuk ‘Ringu’, watak hantu bernama Samara itu adalah seorang kanak-kanak yang mati dihumban ke dalam perigi buta.

Bagi sesiapa sahaja yang secara kebetulan pernah menonton pita video berpuaka tersebut, hantu Samara akan datang dengan merangkak keluar daripada kaca televisyen dan kemudian membunuh mereka sendiri.

Ramai netizen berkata mereka akan turut memberikan reaksi sedemikian jika gimik itu berlaku tetapi ramai juga berkata video gimik tersebut membuat mereka lebih teruja untuk menonton ‘Rings’. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hantu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

01/12/2025
0

OLEH MYNEWSHUB  CIANJUR, 1 Disember 2025 – Suasana kecoh tercetus di sebuah kilang pengeluaran boneka, PT Aurora World di Sukaluyu,...

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

06/02/2025
0

PETALING JAYA : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia pada awalnya menyangka Zayn Rayyan Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd