• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Perhebat Penguatkuasaan Sempena TBC

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperhebatkan penguatkuasaan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya susulan jangkaan pertambahan perjalanan semasa Tahun Baharu Cina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata pasukan penguatkuasaan SPAD bukan sahaja melakukan pemeriksaan di kaunter tiket serta kegiatan ‘ulat tiket tetapi juga memeriksa dokumen di terminal bas.

“Selain itu, operasi secara menyamar dan rondaan di lokasi terpilih turut dilaksana bagi memantau pematuhan keselamatan oleh bas ekspres serta kelakuan pemandu,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

SPAD bersama-sama agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia telah memulakan operasi bersama khas Tahun Baharu Cina dalam usaha mencegah nahas jalan raya semasa perayaan, katanya.

Operasi yang bermula 21 Jan hingga 5 Feb itu merangkumi operasi 24 jam yang akan dijalankan dari 27 Jan hingga 1 Feb.

Dalam tempoh tiga hari operasi khas, beliau berkata sebanyak 27 kes dikesan termasuk penangkapan seorang ‘ulat tiket’.

Sebanyak 383 kenderaan diperiksa dan lapan pegawai penguat kuasa melakukan samaran dalam empat perjalanan bas ekspres, katanya.

“Kerajaan mengingatkan pengusaha pengangkutan awam darat dan pemandu bas yang mereka mempunyai peranan penting dalam mempertingkat tahap keselamatan penumpang yang mereka bawa.

“Selain itu, pengusaha juga harus pastikan pemandu bas masing-masing mematuhi had laju pada setiap masa,” kata beliau.

Nancy menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak mengenakan hukuman maksimum kepada pengusaha pengangkutan awam darat yang melanggar peraturan itu. – BERNAMA

Tags: SPADTahun baharu Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

22/01/2025
0

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd