• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Dikhuatiri Lemas Selepas Bot Terbalik

oleh Ahmad Albab
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seorang lelaki hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik di Kampung Tengah, Segamat, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Raub Selamat berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, berada dalam bot berkenaan bersama bapa saudara dan sepupu serta dua rakannya.

Beliau berkata kesemua mereka dipercayai sedang dalam perjalanan ke rumah dari Jalan Pemuda ke Kampung Tengah untuk menyelamatkan harta benda susulan banjir.

Bagaimanapun, katanya bot terbabit kemudian bergesel dengan dua lagi bot lain menyebabkan bot berkenaan dimasuki air dan terbalik.

“Dua daripada penumpang bot yang memakai jaket keselamatan terapung dalam air manakala dua lagi berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bot,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya empat penumpang terbabit kemudian diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang berada di tempat kejadian.

Raub berkata Mohd Fais Syafiq dipercayai berusaha berenang menuju ke arah bot yang terbalik, namun gagal setelah dibawa arus deras.

Beliau berkata pihak polis yang menerima laporan sejurus selepas kejadian memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Bagaimanapun keadaan gelap menyebabkan pihak polis terpaksa menghentikan operasi pada 7 malam dan akan menyambung usaha mencari pada 9 pagi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: bot terbalik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

Pemandu Bot Terbalik Di Pulau Perhentian Positif Dadah, Miliki 5 Rekod Lampau

29/06/2025
0

BESUT - Pemandu yang terlibat dalam insiden bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu didapati mempunyai lima...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd