• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Kekal Teguh, Dinamik Tanpa TPPA

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia masih mampu untuk terus kekal teguh, dinamik dan penuh dengan potensi serta peluang bersama rakan dagang sedia ada meskipun tanpa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada TPPA baru-baru ini, Malaysia bersama 10 negara anggota lain TPPA akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hala tuju dan langkah selanjutnya.

“Walau apa pun kesudahan mesyuarat itu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kita tidak perlu khuatir mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekiranya TPPA tidak menjadi kenyataan,” katanya dalam catatan terbaharu ‘TPPA dan Ekonomi Malaysia’ di laman blognya, najibrazak.com hari ini.

Jelas Perdana Menteri, setakat ini Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang kukuh bersama negara-negara seperti China dan Jepun.

Malah, nilai dagangan antara Malaysia dan China pada tahun ini dijangka mencecah US$100 bilion, katanya.

“Kita juga adalah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Serantau ASEAN serta mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala bersama negara-negara seperti India, New Zealand dan Australia,” kata Najib.

Menurut beliau, pada masa yang sama, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga sedang mengkaji usaha untuk mewujudkan FTA dua hala bersama beberapa negara anggota Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berkenaan.

Selain itu, Malaysia akan meneruskan usaha memuktamadkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang melibatkan negara China dan India dengan pasaran pengguna yang jauh lebih besar berbanding TPPA.

“Insya-Allah, saya yakin melalui langkah-langkah ini dan juga usaha-usaha lain yang dijalankan, ekonomi kita terutamanya yang berkaitan perdagangan dan pelaburan asing akan terus mampan dan berdaya saing.

“Malaysia kekal terbuka untuk perniagaan,” katanya.

Selain itu, ketika mengulas pelantikan Donald Trump sebagai Presiden ke-45 AS, Perdana Menteri menegaskan, sekiranya berlaku sebarang perubahan kuasa di tampuk pemerintahan mana-mana negara sekalipun, Kerajaan Malaysia akan memantau dengan teliti polisi dan dasar hubungan antarabangsanya.

“Kita juga akan mengambil langkah proaktif dalam menyesuaikan negara kita berdasarkan sebarang perubahan yang berlaku selain meningkatkan usaha kita untuk memastikan hubungan dua hala kekal kukuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakEkonomiTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd