• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bersedia Jika Pilihan Raya Negeri Sabah Diawalkan

oleh Ahmad Albab
24/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain bersedia menghadapi pilihan raya negeri sekiranya ia diadakan lebih awal.

“Melihat pada persediaan, kita telah menggerakkan dan memaksimumkan jentera BN di seluruh Sabah, kita turun padang bertemu akar umbi mendekati rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan spekulasi politik yang hangat diperkatakan mengenai Sabah akan mengadakan pilihan pilihan raya negeri lebih awal sepertimana yang dilakukan pada PRU ke-13.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Negeri berkata BN berada dalam posisi kukuh untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana melihat kepada blok pembangkang di negeri ini yang tidak stabil dan bercakaran sesama sendiri.

“Pasti ini kelebihan untuk kita, pihak ini (merujuk kepada Parti Warisan Sabah) kata mereka boleh boleh bergerak bersendirian, yang lain (parti pembangkang) hentam pihak ini (Warisan), mereka bercelaru.

“Kita (BN) pula bekerja keras dan memperhebatkan setiap elemen dan fokus keperluan akar umbi,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya di Semporna berkata seluruh kepimpinan UMNO bahagian Semporna turun padang menjelaskan banyak perkara kepada rakyat termasuk budi kerajaan BN kepada penduduk Semporna.

Beberapa kumpulan politik mendakwa pilihan raya negeri boleh berlaku seawal April sekiranya BN merancang tidak menggunakan tambahan 13 kerusi (dewan undangan negeri) baharu yang disyorkan pada tahun lepas dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac ini.

Ketika ini Sabah mempunyai 60 kerusi dewan undangan negeri. – BERNAMA

Tags: pilihan raya negeri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Perlu Pilihan Raya Negeri – Idris Haron

05/10/2021
0

MASJID TANAH - Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu diadakan di negeri ini susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Kemelut Politik Melaka, Ramai Bimbang PRN – PM

05/10/2021
0

PUTRAJAYA - "IG (Instagram) saya dihujani dengan pelbagai pandangan. Ramai yang bimbang, takut kalau ada PRN seperti Sabah dulu," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd