• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Pegawai Kanan Felda Ditahan Songlap Projek Ikan

oleh
25/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ daripada sebuah GLC kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

Mereka yang ditahan ialah Pengarah Besar Felda yang bergelar Datuk, 57; Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) Felda, 53; Head of London Properties, Felda, 38; pegawai Projek Sturgeon, 30; dan penolong pegawai tadbir.

Menurut sumber, kesemua suspek tersebut disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai sebanyak AS$10 juta (kira-kira RM47.6 juta) sejak tahun 2014.

Difahamkan, pada Januari 2013 lalu, satu mesyuarat telah diadakan berhubung projek ikan tersebut.

Bagaimanapun, lembaga pengarah telah meminta suspek yang berusia 53 tahun itu untuk menyediakan laporan terperinci berhubung pelaburan projek tersebut untuk dibentangkan kepada lembaga pengarah.

Namun, suspek tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah, Bahagian Perundangan dan Bahagian Kewangan telah menubuhkan Felda Carviative Sdn. Bhd. (FCSB) pada Januari 2014.

Dia kemudian telah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat penternakan ikan Sturgeon di Korea Selatan yang bernilai AS$45 juta(RM146.25 juta).

Siasatan awal SPRM mendapati, projek itu malah tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar, Negeri Pahang dan pembayaran mula dibuat kepada syarikat Korea tersebut seminggu selepas FCSB ditubuhkan.

Menurut sumber itu lagi, disebabkan unit kewangan juga di bawah pengurusannya, suspek setakat ini telah meluluskan kira-kira AS$10 juta(RM46.5 juta) daripada dana Felda untuk pembayaran kepada syarikat Korea tersebut melalui FCSB tanpa pengetahuan dan kelulusan lembaga pengarah sebelum menandatangani perjanjian.

Perjanjian kontrak bagi pelaksanaan projek ikan Sturgeon yang ditandatangani itu meliputi pelaksanaan Technology Transfer Service Agreement (FCSB) dan Design and Build Construction Agreement (DBCA).

Perjanjian tersebut dipercayai telah ditandatangani oleh suspek bergelar ‘Datuk’ dan suspek berusia 53 tahun yang juga merupakan Pengarah FCSB.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang menerusi Op Caviar yang dilancarkan oleh SPRM.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, pihaknya telah merampas dokumen-dokumen berhubung projek tersebut yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM.

Kesemua suspek terbabit dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu untuk permohonan reman. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FeldaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd