• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu ‘Sudah Ku Tahu’ Dicipta Di Rumah Mayat Hospital

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, lagu yang mengangkat nama Projector Band seterusnya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), baru-baru ini sebenarnya dicipta di rumah mayat.

Perkara itu didedahkan oleh pencipta lagu itu, Razif yang juga merupakan gitaris kumpulan tersebut.

Menurutnya, dia mencipta lagu itu ketika pernah bertugas menjaga rumah mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di hospital berkenaan sejak 2011 selama tiga tahun dan sering bekerja pada waktu malam.

“Jadi bagi mengelakkan rasa takut dan bosan saya sering bawa gitar dan ilham menghasilkan lagu berkenaan datang ketika saya menjaga rumah mayat,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, dia mengakui mendapat ilham mencipta lagu itu dari kisah cintanya yang terputus di tengah jalan.

Namun, kerana tidak mahu lagu berkenaan kedengaran terlalu berbaur peribadi, Razif menyesuaikan supaya bersifat umum.

“Jika ikutkan kisah sebenarnya lebih ‘seram’ tetapi apa yang saya tampilkan dalam Sudah Ku Tahu lebih kepada asas dan umum sahaja.

“Apa-apa pun saya memang tidak menyangka lagu ini akan pergi sejauh ini dan mendapat tempat ketiga adalah satu kejayaan besar memandangkan kami masih baru dalam industri hiburan.

“Kemenangan ini juga menaikkan lagi semangat kami untuk terus berkarya dalam menghasilkan lagu lebih baik pada masa hadapan,” ujarnya.

Dengan kemenangannya di AJL31, Projector Band membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Difahamkan, demi memberi tumpuan kepada pertandingan ini, vokalis kumpulan ini, Iskandar juga sanggup mengambil cuti selama dua bulan daripada pengajiannya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Tags: AJLsudah ku tahu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DeFam Sah Ganti Altimet Pada Final AJL 33

20/01/2019
0

GANTI... Penyanyi berkumpulan wanita popular DeFam jadi artis yang akan ganti Altimet bagi lagu Bunga yang layak bertanding di pentas...

Tiada Lagi Tiket Percuma Anugerah Juara Lagu

04/01/2019
0

BAYAR!... Buat julung kali, pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) jual tiket masuk kepada penonton sempena penganjuran AJL ke-33 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd