• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Ketirisan LPG: KPDNKK Kumpul Maklum Balas

oleh AK-47
24/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memuktamadkan langkah penguatkuasaan bagi mengelak masalah ketirisan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam masa terdekat.

Menterinya ,Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu akan dilaksanakan selepas menerima cadangan penambahbaikan daripada pembekal bahan bahan bakar itu di negara ini.

“Dalam mesyuarat yang kita adakan pada hari ini, saya telah mengarahkan supaya semua pemain industri melihat semula model perniagaan mereka.

Mereka sepatutnya tidak hanya membekalkan gas tapi juga perlu memastikan bagaimana menjadi pembekal perkhidmatan yang lebih baik, seperti tahu di mana bekalan itu untuk dihantar sama ada untuk kegunaan isi rumah atau restoran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 di sini, hari ini.

Hamzah berkata kementeriannya memberikan tempoh dua minggu bagi kesemua enam peserta industri yang terlibat dalam membekalkan gas LPG untuk menyiapkan cadangan berkenaan.

Semalam, akhbar tempatan (Mingguan Malaysia) melaporkan penggunaan LPG bersubsidi tidak terkawal dalam kalangan pengguna industri dan peniaga membuatkan kerajaan kerugian ratusan juta ringgit setahun yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Laporan itu juga menyebut subsidi itu bukan sahaja ‘dirompak’ peniaga dengan mengambil hak pengguna, malah mereka turut mengenakan caj berlebihan terhadap makanan dan minuman yang dibeli. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd