• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA: Malaysia, 10 Negara Lain Bincang Tindakan Lanjut

oleh AK-47
23/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan 10 negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan langkah selanjutnya susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perjanjian perdagangan terbesar dunia itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 11 negara terbabit kecuali AS, sememangnya saling berhubungan.

“Sebanyak 12 negara menandatangani TPPA itu namun kini salah satu daripadanya mahu menarik diri. Kesemua 11 negara itu boleh meneruskannya dengan meminda klausa berkaitan.

“Ada banyak kemungkinan lain bahawa 11 negara ini masih boleh meneruskan usaha itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan China Intercontinental Communication Co Ltd, di sini, hari ini.

Sejurus pelantikannya sebagai Presiden baharu AS, Donald Trump mengumumkan strategi perdagangan negara itu, termasuk penarikan diri daripada TPPA.

Mengulas lanjut, Ong berkata sebarang tindakan AS untuk menutup pintunya kepada kegiatan perdagangan boleh memberi kesan negatif terhadap kemajuan ekonomi dunia.

Malah, ia merupakan kebimbangan utama yang perlu ditangani Malaysia serta negara anggota TPPA lain.

“AS kini melaksanakan dasar baharu (menutup pintu kepada perdagangan) yang jelas bercanggah dengan amalannya sebelum ini.

“Negara itu yang menggalakkan perdagangan bebas (sebelum ini). Namun kini, secara tiba-tiba ia mahu menamatkannya. Ada kemungkinan ini akan mencetuskan tindak balas daripada segelintir negara lain,” katanya. – BERNAMA

Tags: TPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd