• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kanak-kanak Diikat: Taska Beroperasi Tanpa Lesen

oleh AK-47
23/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera didapati beroperasi tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata siasatan awal mendapati taska itu baru beroperasi sejak hampir empat bulan lepas dan dalam proses mendapatkan lesen.

“Siasatan masih dijalankan dan fokus siasatan adalah terhadap kesahihan gambar yang tersebar di laman sosial serta apa sebenarnya yang berlaku,” katanya alam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata polis telah merakam percakapan lapan individu termasuk ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Katanya gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 27 Disember tahun lepas oleh seorang bekas pekerja taska terbabit.

“Laporan polis hanya dibuat bekas pekerja itu pada 19 Januari lepas selepas dia (pengadu) sebarkan gambar itu. Pengadu hanya bekerja selama beberapa hari dan berhenti kerja pada 31 Disember tahun lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pemeriksaan terhadap tiga kanak-kanak yang berusia enam bulan hingga empat tahun yang diikat itu mendapati tiada kecederaan fizikal terhadap mereka.

“Polis juga telah merampas kain yang mempunyai persamaan seperti dalam gambar yang ditularkan,” katanya.

Setakat ini, pemilik taska dan tiga pekerjanya yang ditahan sejak Jumaat lepas direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup tersebar di laman sosial sejak Khamis lepas. – BERNAMA

Tags: Diikatkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd