• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Baik Teksi Malaysia Dapat Pelepasan RRC

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Berita baik bagi pemandu teksi Malaysia apabila mereka mendapat pelepasan daripada membayar Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) yang dikuatkuasakan oleh Singapura pada 15 Feb.

“RRC tidak terpakai bagi teksi asing yang berdaftar di luar negara,” kata jurucakap Lembaga Pengangkutan Darat Singapura (LTA), dipetik sebagai berkata oleh TODAYonline.com pada Khamis.

Kenyataan itu adalah sebagai respons kepada pertanyaan daripada portal itu berikutan kegusaran pemandu teksi yang berpangkalan di Johor bahawa mereka akan dikenakan bayaran RRC S$6.40 apabila mereka memasuki Singapura.

Pada Khamis, akhbar Malaysia melaporkan pemandu teksi di Johor Bahru mahu Singapura memberi pelepasan kepada mereka daripada membayar RRC yang baru diperkenalkan, yang akan dikuatkuasakan pada bulan depan.

Laporan itu berkata jika dilaksanakan RRC, yang menyerupai Caj Jalan Raya Malaysia (RC), jadi mereka harus dikecualikan, sama seperti pemandu teksi Singapura tidak tertakluk kepada kadar RC.

Memetik Pengerusi Terminal Teksi Johor Bahru-Singapura Muhamad Najib Abdul Rahman, laporan itu berkata pemandu teksi bimbang berhubung perkara itu kerana Singapura tidak menyatakan apa-apa mengenai pengecualian mereka daripada membayar RRC.

“Kami berharap memandangkan Malaysia memberi pelepasan kepada pemandu teksi Singapura daripada membayar RC, jadi republik itu akan memberi layanan sama terhadap kami,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata 195 teksi Johor yang membawa penumpang ke Singapura melalui Tambak Johor akan terjejas dengan bayaran RRC, melainkan jika dikecualikan.

Pada 16 Jan, LTA mengumumkan semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC S$6.49 setiap kali memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands mulai 15 Feb 2017.

LTA berkata langkah itu adalah sebagai timbal balas RRC terhadap RC Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk yang dikenakan terhadap semua kereta asing yang memasuki Johor mulai 1 Nov 2016. – BERNAMA

Tags: RRCSingapuraTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd