• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Madonna Sokong Perarakan Bantah Pelantikan Trump

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Ikon pop antarabangsa, Madonna, membuat penampilan mengejut pada Perarakan Wanita, yang membantah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat, sambil memberitahu ini adalah masa untuk ‘revolusi cinta’.

Selepas diperkenalkan pelawak Amy Schumer, penyanyi itu memberi ucapan pendek sebelum menyampaikan beberapa lagu popularnya.

“Kita rasa kebaikan akan menang pada akhirnya. Kita tidak menang pada pilihan raya ini, tetapi kebaikan akan menang akhirnya,” kata Madonna.

Madonna Sokong Perarakan Bantah Pelantikan Trump

Beliau berkata, revolusi cinta akan terjadi dan wanita perlu menolak kezaliman zaman baharu yang bukan sahaja meletakkan wanita dalam bahaya, malah terpinggir. “Revolusi bermula di sini.

“Berjuang untuk hak mendapat kebebasan, menjadi diri sendiri, mendapat persamaan. Mari berarak bersama mengharungi kegelapan.

“Kita tidak sendiri dan tidak akan berundur,” katanya sambil disambut sorakan. Sementara itu, ribuan wanita membanjiri jalan raya di ibu kota negara Eropah untuk menyertai ‘perarakan saudara perempuan’ di Asia membantah Trump.

Di London, sambil mengibarkan sepanduk dengan slogan seperti ‘Hubungan istimewa, cuma katakan tidak’ dan ‘wanita nakal bersatu’, penunjuk perasaan berkumpul di luar Kedutaan Amerika di Grosvenor Square sebelum menuju ke perhimpunan di tengah Trafalgar Square. Di seluruh dunia, 670 perarakan dirancang.

Menurut laman sesawang penganjur, lebih dua juta penunjuk perasaan dijangka menyertai perhimpunan menentang Trump, yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45, Jumaat lalu.
Selebriti, termasuk Bianca Jagger, penyanyi Charlotte Church dan pelakon Ian McKellan turut menyatakan sokongan mereka kepada bantahan itu di media sosial.

Perhimpunan turut diadakan di Berlin, Paris, Rome, Vienna, Geneva dan Amsterdam. Di Afrika, ratusan penunjuk perasaan di Hutan Karura di Nairobi mengibarkan sepanduk dan menyanyikan lagu membantah Amerika. – Agensi

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda PH Gesa Menteri, Timbalan Menteri BN Letak Jawatan Kabinet

Pemuda PH Gesa Menteri, Timbalan Menteri BN Letak Jawatan Kabinet

19/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Harapan (AMH) menggesa Menteri dan Timbalan Menteri Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan Kabinet selepas BN...

Pemimpin Sudah Berkorban…Kini Masa Rakyat Pula Lakukan Yang Sama

Pemimpin Sudah Berkorban…Kini Masa Rakyat Pula Lakukan Yang Sama

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  PARA pemimpin kita telah berkorban dengan masing-masing mengurangkan jumlah kerusi DUN yang ditandingi parti masing-masing di Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd