TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Haziq AF yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Maisarah Sidqi, baru-baru ini.
Haziq yang popular menerusi lagu-lagu nyanyian asli dan tradisional mula dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim keempat pada 2006.
Menurut portal Murai, rombongan ahli keluarga Haziq yang diketuai bapa saudaranya dihadiri seramai 70 orang itu telah disambut penuh mesra oleh ahli keluarga Maisarah.
Di bawah merupakan sebahagian gambar-gambar menarik di hari pertunangan Haziq serta barang-barang hantaran buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC






