• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Terbiar Heret Bulu 2 Kilogram Diselamatkan

oleh
22/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHICAGO – Seekor kucing yang terbiar diabaikan sehingga bulunya menjadi lebat dan panjang, berpintal-pintal dan begitu kotor, akhirnya berjaya diselamatkan daripada nasib malangnya itu.

Malah lebih menyedihkan, bulu kucing itu tumbuh hingga seberat 2.27 kilogram atau dua kali ganda saiz haiwan tersebut sendiri, hingga si comel sukar bergerak ke sana sini, menurut portal antarabangsa Huffington Post.

Kucing bernama Sinbad itu, yang asalnya berwarna putih, ditemui dalam keadaan bulunya yang coklat kekuningan dan menjijikkan itu pada bulan lalu, di aras bawah tanah sebuah rumah milik seorang lelaki tua di Chicago.

Persatuan kebajikan haiwan, Anti-Cruelty Society di Amerika Syarikat (AS) memuat naik gambar-gambar Sinbad menerusi laman Facebooknya dan menulis, seorang pekerja pembersihan yang menghubungi pihaknya.

kucing3

Dia melaporkan tentang penemuan seekor haiwan mamalia yang sudah sekian lama tidak pernah diendahkan oleh pemiliknya itu sendiri, lapor Huffington Post.

“Bulunya agak berpintal-pintal, tidak dibasuh, serta diselaputi habuk dan sampah sarap. Kawasan bawah tanah rumah yang didiaminya pula sejuk dan kotor,” menurut Anti-Cruelty Society.

Pengurus perhubungan awam persatuan tersebut, Colette Bradley, memberitahu majalah People bahawa pemilik kucing itu adalah seorang lelaki tua yang mengalami masalah mental dan tidak lagi dapat menjaga kucing tersebut.

Lelaki itu kemudian bersetuju menyerahkan kucingnya kepada persatuan tersebut. Sinbad akhirnya tampak segak dengan bulu yang putih bersih dan bebas bergerak ke sana sini, setelah dua kali bulunya dipotong dan dimandikan.

kucing1

Beberapa hari setelah diselamatkan, kucing baka Parsi itu dilihat sudah aktif bermain-main dengan mainan kucing dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Facebook.

Lebih menggembirakan, Sinbad kini mempunyai pemilik baru – Elliot – yang sudah menubuhkan satu akaun laman sosial Instagram khas untuk si comel, menurut Huffington Post.

Akaun tersebut yang memberikan perkembangan terkini tentang proses pemulihan Sinbad setakat ini sudah pun mempunyai lebih 4,000 pengikut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bulukucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd