• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerai ‘Hantu’ Tarikan Baharu Pelancong Di Johor Bahru

oleh
22/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahu makan dengan hantu? Kedengaran pelik dan menakutkan tetapi strategi digunakan pengusaha gerai makanan Selera Flat Lama Bandar Baru Uda di sini berjaya menarik pelanggan berkunjung ke gerai mereka.

Diilhamkan daripada kisah-kisah hantu di flat berkenaan, idea yang direalisasikan empat bulan lepas mendapat perhatian ramai sehingga pengusaha tidak ‘menang tangan’ selepas kisah mereka tersebar menerusi media sosial.

Tinjauan Bernama ke lokasi berkenaan mendapati gerai makanan itu penuh sesak dengan ramai pelanggan yang mahu melihat sendiri kelibat “hantu” yang bebas berkeliaran.

Gimik bermula selepas solat Isyak dengan lampu kedai dipadamkan dan lagu seram dimainkan disusuli kemunculan “hantu-hantu” yang bergerak dari meja ke meja bertemu pelanggan dan bergambar bersama-sama mereka.

Pengurus premis, Norafiq Sa’at, 30, berkata bermodalkan pengalaman dalam bidang katering selama lima tahun, beliau memberanikan diri membuka perniagaan itu.

“Saya pernah menyertai kursus perniagaan pada 2015, dan dari situ saya mula mendapat idea bagaimana untuk mengembangkan perniagaan katering sedia ada saya jadi perniagaan yang lebih kukuh,” katanya kepada Bernama.

Gerai 'Hantu' Tarikan Baharu Pelancong Di Johor Bahru

gerai-hantu2

gerai-hantu1

Beroperasi sejak empat bulan lepas, Norafiq yang dibantu isterinya Aminatuhsamsiah Samhari, 24, berkata mereka bermula dengan hanya empat gerai namun kini berkembang kepada 14 gerai, hasil bantuan Kelab Sukan dan Rekreasi Johor Bahru.

“Kami menyediakan pelbagai masakan seperti ayam penyet, ‘laksa penang’, ‘shell out budget’, ‘sate boom’ dan sotong bakar,” katanya sambil menambah bahawa hidangan utama pilihan pelanggan ialah ‘Nasi Lemak Berhantu’.

Norafiq berkata mereka juga menawarkan pekerjaan kepada golongan belia yang tidak berpelajaran tinggi dan berkata: “Kami bimbing mereka asas-asas perniagaan bagi membantu mereka menjadi usahawan di kemudian hari.”

Sementara itu, pengasas bersama premis, Mohd. Nizam Haron, 38, berkata idea menggunakan gimik hantu timbul berikutan kawasan berkenaan antara kawasan dalam bandar paling banyak berlaku perkara mistik.

“Strategi pemasaran ini nyata berjaya kerana kami berjaya menarik pelanggan termasuk yang datang dari Singapura semata-mata mahu melihat gimik hantu,” katanya lagi.

Gerai Selera Flat Lama Bandar Baru Uda dibuka operasi bermula pukul 5.30 petang sehingga 1.00 pagi dari Selasa hingga Ahad manakala Isnin pula mereka berehat. – Bernama/HAA

Tags: Hantujohor bahrumistik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd