• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Kasari Pegawai MBSA Dipenjara 5 Bulan

oleh AK-47
22/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUKUMAN penjara pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dinaikkan daripada 14 hari kepada lima bulan, oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng kepada kedua tertuduh, Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Kedua tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Selain itu, mereka turut diarah membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, diarahkan penjara tujuh hari.

Pada 25 November lepas, Mahkamah Majistret Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda ke atas pasangan suami isteri berkenaan selepas mereka mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun pihak pendakwa membuat rayuan menambah hukuman manakala tertuduh juga membuat rayuan mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di parkir kereta awam di Jalan BRP 6/12 Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira 10.30 pagi, 24 November lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MBSA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

30/09/2022
0

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor ditahan oleh Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd