• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rakam Percakapan Saksi Kes Tular Lelaki Dibelasah

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa di sini, Sabtu lepas.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial berikutan memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya tanpa belas kasihan selama beberapa minit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kejadian kira-kira 2.15 petang itu tercetus dipercayai melibatkan mangsa berumur 25 tahun yang sedang memandu lori telah terlanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki empat lelaki.

“Polis telah merakam percakapan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya mangsa dilaporkan bertikam lidah dengan pemandu kereta berumur 38 tahun sebelum berlaku pergaduhan tanpa menggunakan senjata.

“Empat lelaki lain kemudian masuk campur pergaduhan itu. Kedua-dua pemandu hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Rakaman video mangsa dibelasah berdurasi dua minit 49 saat dengan aksi tumbukan dan tendangan keras terhadap pemandu lori itu mulai tular di laman sosial hari ini.

Hamzah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: dibelasahKes Tular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemansuhan Pencen: Jumlah Penjawat Awam Pasti Menyusut – PN

Remaja Dibelasah Bapa Mabuk Bongkar Pernah Dirogol Suspek

25/01/2024
0

REMBAU: Remaja perempuan yang ditendang dan dipukul bapanya yang mabuk sehingga menerima 12 jahitan pada kepala tengah malam kelmarin, dipercayai...

Kanak-kanak 11 Tahun Maut Disyaki Dibelasah Di Rumah Anak Yatim

21/03/2022
0

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior di sebuah kompleks rumah anak yatim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd