• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Alu-Alukan Tajaan Untuk Bentuk Pasukan Mantap

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih memerlukan tajaan daripada pelbagai pihak, khususnya daripada badan korporat.

Timbalan Presiden FAS Abdul Wahab Rahim berkata walaupun pihaknya telah menerima tajaan daripada beberapa syarikat tetapi tetap mengalu-alukan penajaan daripada mana-mana pihak yang berminat.

Beliau berkata pada musim ini sebuah skrin besar akan dipasang di Stadium Negeri (venue perlawanan) untuk memaparkan nama serta produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat penaja.

“Kami mengalu-alukan lebih banyak penaja untuk tampil menaja pasukan Sarawak musim ini kerana kami amat memerlukan dana yang lebih besar untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya.

Abdul Wahab berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jersi baharu musim 2017 pasukan Sarawak dan memperkenalkan barisan pemain pasukan Sarawak di sini hari ini oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Kameri Affendi.

Dalam ucapannya itu Abdul Wahab turut melahirkan penghargaan beliau dan FAS kepada Allaryarham Tan Sri Adenan Satem kerana sokongan beliau kepada pasukan Sarawak ketika hayatnya dan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Katanya Allahyarham merupakan antara peminat pasukan bola sepak Sarawak yang sering berada di Stadium Negeri untuk menonton perlawanan membabitkan pasukan Sarawak.

“Semasa beliau memegang jawatan sebagai ketua menteri pun beliau memberi sokongan yang kuat kepada pasukan dan membantu mencari penaja kerana beliau mahu melihat pasukan Sarawak setanding pasukan-pasukan lain dalam Liga Malaysia,” tambah Abdul Wahab.

Mengulas lanjut pasukan Sarawak musim ini, Abdul Wahab berkata 90 peratus pemainnya merupakan anak tempatan yang cuba diketengahkan bakat mereka ke saingan Liga Malaysia.

Di samping itu, musim ini Sarawak turut menggunakan khidmat empat pemain import terdiri daripada pemain pertahanan dari Brazil Demerson Bruno Costa, pemain tengah dari Korea Selatan Lee Jong Ho dan dua penyerang, Mateo Roskam dari Croatia dan Mark Andrew Hartmann dari Filipina.

Lea Sport Centre (LSC) yang merupakan penaja jersi pasukan Sarawak sejak 23 tahun, sekali lagi menjadi penaja pada musim ini di bawah jenama pakaian sukan Starsport manakala penaja lain ialah Sarawak Energy Berhad dan RH Group. – BERNAMA

Tags: Abdul Wahab Rahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd