• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Pecat 80 Duta Amerika Syarikat Di Seluruh Dunia

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Sejurus mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump, memecat semua dutanya di luar negara dan tiada senarai pengganti disediakan.

Trump mengarahkan semua dutanya di seluruh dunia, yang dilantik oleh bekas presiden Barack Obama, segera meninggalkan pejabat menjelang tengah hari tanpa memberikan tempoh penangguhan.

Pasukan peralihan Trump dilaporkan berkata pada 23 Disember lalu, ‘tiada lagi pengecualian’ bagi duta untuk meminta perkhidmatan dilanjutkan berbanding apa yang dilaksanakan presiden sebelum ini.

Arahan secara dramatik itu juga tertakluk kepada duta yang mempunyai keluarga dan anak kecil.

Bagaimanapun, kebiasaannya duta yang dilantik secara politik akan meletak jawatan pada permulaan pentadbiran baharu tetapi isu kekosongan jawatan duta tanpa senarai pengganti adalah perkara baharu pertama kali berlaku.

Seramai 80 duta dilantik ke sesebuah negara, agensi dan isu seperti duta bagi isu wanita global, dipecat.

Tindakan itu menyebabkan AS tidak mempunyai wakil yang disahkan Senat selama beberapa bulan, selain tiada hubungan terus dengan Trump, termasuk di negara yang mempunyai hubungan sensitif dengan AS.

Antaranya ialah Jerman, Britain dan Kanada, selain sekutu penting lain seperti China, India, Jepun dan Arab Saudi.

Proses bagi penggantian duta lantikan politik oleh Kongres akan mengambil tempoh yang panjang.

Beberapa pelantikan sudah dibuat setakat ini dengan Gabenor Carolina Selatan, Nikki Hayley sebagai Duta AS ke Pertubuhan Bangsa Bersatu menggantikan Samantha Power.

Peguam yang diisytiharkan muflis, David Friedman, dilantik sebagai Duta AS ke Israel dan Gabenor Iowa, Terry Branstad pula menjadi wakil Trump di China.

Bekas isteri Trump, Ivana, dilaporkan meluahkan minat menjadi duta ke negara asalnya, Republik Czech.

Hasrat tersebut disokong presiden negara itu, Milos Zeman, yang dilaporkan berkata: “Tiada siapa yang lebih baik untuk menjadi duta AS ke Prague.” – Agensi

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd