• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPP Kelantan Rampas Rokok Seludup Lebih Setengah Juta

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas rokok seludup rokok antara yang terbesar jumlahnya tahun ini, bernilai RM596,800, hasil serbuan di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, semalam.

Kes semalam menyaksikan penyeludup menggunakan kereta mewah Toyota Vellfire dan operasi pada pukul 3.30 petang itu membawa kepada penemuan 1,980 karton rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenis dalam kenderaan itu, yang ditinggalkan.

“Tiada tangkapan dibuat kerana suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” kata Komander UPP negeri, Rusli Karim pada sidang media di sini.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, UPP negeri merampas pelbagai jenis rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.5 juta dalam 22 kes berasingan.

“Ia juga melibatkan serbuan di premis yang telah kami intip dalam tempoh yang lama. Kami percaya kaedah penyeludupan menggunakan kenderaan mewah merupakan modus operandi terbaharu untuk mengaburi mata pihak berkuasa berbanding penggunaan kereta biasa dan lori sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rokokseludup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd