• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingatkan Dah Mati, Rupanya Tidur ‘Mati’

oleh Ahmad Albab
18/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Orang ramai menggunakan Jalan Duyong menghala ke Bukit Katil, di sini, semalam, terpaksa menempuh kesesakan lebih dua kilometer akibat satu lorong di laluan itu dihalang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire selepas pemandunya tertidur.

Dalam kejadian jam 8 pagi, MPV berkenaan diparkir di lorong kiri, sekali gus menyebabkan hanya lorong kanan boleh dilalui kenderaan lain.

Bagi mengejutkan pemandu berusia 30-an yang terlena dalam MPV dipandunya, pengguna jalan raya membunyikan hon berkali-kali namun dia tidak memberikan tindak balas.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Asri, 20-an, berkata, ketika kejadian dia yang bersarapan di warung berhampiran berasa hairan apabila beberapa pemandu mengetuk cermin tingkap MPV berkenaan.

Katanya, selesai bersarapan, dia menghampiri MPV terbabit dan mendapati pemandunya tidur dengan lena tanpa menyedari perbuatan itu menyulitkan pengguna jalan raya lain.

“Saya dan beberapa pemandu lain mengetuk cermin tingkap berkali-kali, tetapi dia tidak juga bangun menyebabkan kami syak dia mengalami serangan jantung atau masalah kesihatan lain.

“Bimbang dengan keselamatan pemandu itu, orang ramai menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan bomba,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Nor Azmir Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.09 pagi.

Beliau berkata, seorang pegawai dan tujuh anggota bersama sebuah jentera kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian membantu mengeluarkan pemandu terbabit.

“Kami mendapati lelaki itu lena di tempat duduk pemandu, memang benar dia langsung tidak terjaga walaupun cermin tingkap diketuk dengan kuat berkali-kali hingga ada yang sangka dia sudah meninggal dunia.

“Berikutan itu, kami umpil pintu kiri MPV berkenaan dan mengeluarkan mangsa, namun ketika itu dia belum bangun.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Tags: pemandupengsan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd