• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Pohon Periksa Balas Pengerusi SPR

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor memohon untuk memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam tindakan perundangannya berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan menetapkan 7 Februari untuk mendengar permohonan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan Selangor memohon untuk memeriksa balas pengerusi SPR itu berhubung isu 136,272 pengundi tanpa alamat.

Mahkamah, katanya, turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan oleh kerajaan negeri yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi parlimen dan DUN di Selangor oleh SPR.

Azizan ditemui pemberita selepas kes itu dikemukakan di dalam kamar untuk pengurusan kes. Turut hadir, peguam Datuk S.Ambiga yang mewakili kerajaan negeri.

Dalam permohonan berkenaan, Mohamed Azmin memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.

Anggota Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam urusan persempadanan semula itu adalah melanggar perlembagaan, tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

Mohamed Azmin memfailkan permohonan itu atas alasan SPR bertindak dengan tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon mendapatkan, antara lain, satu perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran terperinci, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk membuat representasi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd. Hashim AbdullahKerajaan SelangorSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd