• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontinjen Universiade Taiwan Bakal Dibarisi Atlet Pelapis

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kontinjen negara ke Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Taiwan pada 19-30 Ogos depan bakal dibarisi atlet pelapis berikutan tarikh temasya sukan itu bertembung dengan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur.

Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Hazally Jali berkata KPT tetap berusaha untuk menghantar atlet yang bukan sahaja cemerlang tetapi mempunyai peluang untuk meraih pingat.

“Penyertaan kontinjen dalam Universiade kali ini adalah paling mencabar kerana tarikh kejohanan bertembung dengan Sukan SEA Kuala Lumpur.

“Selaku tuan rumah Sukan SEA, kami akur keutamaan perlu diberikan atlet elit kebangsaan,” katanya pada sidang media di kementerian itu di sini, hari ini.

Menurut beliau kontinjen negara hanya menyertai enam acara sukan pada temasya di Taiwan kali ini iaitu memanah, badminton, golf, wushu, bola sepak dan olahraga.

Katanya, sasaran kontinjen yang akan diketuai Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Datuk Abdullah Mohamad Said adalah untuk meraih pingat emas pertama di temasya itu.

Walaupun sukar, Hazally berkata sasaran itu masih realistik kerana kontinjen negara akan disertai atlet memanah compound wanita negara, Fatin Nurfatehah, yang pernah meraih pingat emas pada Piala Dunia di Shanghai, China pada 2015.

Turut menjadi prospek pingat adalah pemain badminton perseorangan lelaki Zulfadhli Zulkifli serta dua lagi iaitu atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail dan atlet lempar cakera, Irfan Shamsuddin.

“Kesemua atlet kebangsaan itu turut menyertai Sukan SEA, acara mereka di Taiwan selepas mereka selesai beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur nanti, kita sudah aturkan penjadualan dan kami mendapat kebenaran daripada pihak penganjur Sukan SEA mengenai penyertaan mereka di Taiwan nanti.

“Kita juga akan mempertimbangkan atlet yang tidak terpilih ke Sukan SEA nanti untuk ke Taiwan, buat masa ini senarai atlet Universiade belum diputuskan lagi, kami jangkakan dalam bulan April,” katanya.

Bagi sukan bola sepak, Hazally berkata skuad negara akan disertai sepenuhnya atlet daripada universiti tempatan, swasta, kolej komuniti dan politeknik serta keutamaan adalah pemain yang beraksi di Liga Perdana.

Pencapaian terbaik atlet mahasiswa negara adalah satu pingat perak dan dua gangsa di Universiade Shenzen, China pada 2011; tiga pingat gangsa di Kazan, Rusia pada 2013 dan dua pingat gangsa di Gwanju, Korea Selatan pada 2015. – BERNAMA

Tags: Kontinjen UniversiadeKPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd