• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas PTD, Bekas Pengarah Negeri Pula Kutuk PM

oleh
17/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM habis kes seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dikesan menghina pemimpin, kini bekas pengarah kesihatan di sebuah negeri pula dipercayai cuba membuat komen jelik serupa.

Sekurang-kurangnya terdapat dua status Facebook atas akaun nama Zainal Omar telah memuat naik status yang agak jengkel terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Status catatan tersebut dikesan dimuat naik masing-masing pada 1 Januari 2017 pukul 2.37 petang, dan 11 Januari 2017 pukul 7.11 pagi sambil merujuk kepada ucapan terakhir ‘First Lady’ Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama.

Jika sebelum ini dalam kes PTD yang hina Perdana Menteri, laman Facebook prokerajaan bertindak bongkar komen jelik Nazrul Imran Mohd. Nor itu kepada umum, kali ini laman netizen pro-BN mendedahkan senario serupa.

Semakan terhadap akaun Zainal itu menunjukkan ia dimiliki oleh mantan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Zainal Arifin Omar yang pernah menerima anugerah Tokoh Kesihatan Awam tahun 2016.

Selepas PTD, Bekas Pengarah Negeri Pula Kutuk PM

Beliau dilaporkan bersara pada Disember 2016 lalu dan digantikan Dr. Sha’ari Ngadiman. Dalam status Facebook dipercayai miliknya itu, Zainal sindir Najib kerana bertindak menaikkan harga minyak awal tahun baharu 2017.

Status sindiran menerusi akaun Facebook itu dipercayai dimuat naik sejurus sahaja beliau melepaskan jawatan selaku penjawat awam kerana bersara wajib dan ia menerima sambutan hangat ramai rakan laman sosial tersebut.

Malah, bagi status jelik kedua pula dilakukan 11 hari selepas itu menerusi akaun Facebook yang sama dengan Zainal berkongsikan video ucapan terakhir Michelle sebagai bahan untuk mengenakan Najib dan isterinya, Rosmah.

Zainal turut menyenaraikan empat nasihat buat anak muda yang pada tulisannya itu seakan-akan merujuk kepada kepimpinan Perdana Menteri dengan nada sinis kononnya sebagai panduan untuk menjadi insan berjaya:

Selepas PTD, Bekas Pengarah Negeri Pula Kutuk PM

Kesemuanya itu dipercayai merujuk kepada dana diterima Najib daripada Raja Arab Saudi, isu jet rasmi kerajaan, isu cincin isteri Perdana Menteri dan isu pembikinan filem di Hollywood oleh anak tiri beliau, Riza Aziz.

Ini merupakan suatu tindakan yang amat jengkel dan tidak sewajarnya dilakukan oleh mereka yang pernah bergelar sebagai antara bos penjawat awam, mahupun baharu 11 hari sahaja bergelar pesara badan kerajaan.

Ia bukan sahaja seolah-olah cuba ‘tikam belakang’ perkhidmatan lama sebagai kakitangan awam, malah kenyataan menerusi Facebook itu bercanggah dengan apa dilakukan ketika diberi jawatan dan pangkat selaku pengarah negeri.

Adakah Zainal cuba ‘balas dendam’ kerana sepanjang berada dalam pentadbiran kerajaan, dia terpaksa akur dan menjadi ‘budak baik’ dengan akur segala perintah am Jabatan Perkhidmatan Awam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: facebookNajib Tun RazakPTD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd