• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepentingan Peneroka Tidak Terjejas Kerana PFI – Shahrir

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepentingan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak terjejas oleh Inisiatif Pendanaan Swasta (PFI) untuk Projek Perumahan Generasi Baru (PGBF).

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata soal PFI bukan suatu perkara yang luar biasa untuk melakukan projek-projek besar.

“Sekiranya dia (anggota Parlimen pembangkang Rafizi Ramli) faham mengenai keadaan struktur dan falsafah FELDA itu sendiri (dia tidak akan bercakap demikian),” katanya kepada Bernama.

Shahrir berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai dakwaan Rafizi baru-baru ini.

Rafizi menyoalkan Fasa kedua PGBF yang melibatkan 11,530 unit di mana FELDA melalui PFI telah menandatangani perjanjian dengan syarikat Putra Star Investment Holdings Pte Ltd (PSIH) dan syarikat Terranova Builders Sdn Bhd.

“Pertama sekali, dia akan tahu bahawa tanah peneroka itu adalah di bawah (Akta) GSA di mana tidak boleh dicagar dan dibeli oleh pihak-pihak lain. Jadi PFI itu tidak akan membebankan peneroka. Mustahil! Ini sekiranya dia faham.”

“Saya boleh memberi jaminan (bahawa) harta peneroka tidak akan terjejas kerana sistem dan cara FELDA adalah tanah peneroka (berstatus) GSA.”

Di bawah Akta GSA 1960, tanah peneroka tidak boleh sama sekali dipajakkan, pindah milik atau digadai melainkan selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri dan ia juga tidak boleh dibelah bahagi.

Mengenai dakwaan bahawa proses berkenaan tidak telus dan tiada cagaran, pengerusi yang baru dilantik itu berkata tidak ada cagaran, hanya jaminan korporat.

“Cagaran tidak boleh (tetapi) saya tidak mahu bercakap banyak kerana perkara ini masih belum jadi apa-apa pun. Perjanjian sudah ditandatangani tetapi belum lagi ada pematuhan,” katanya.

Ditanya mengenai US$1 bilion berkaitan dengan PFI, Shahrir berkata pinjaman tersebut bukan kepada FELDA tetapi kontraktor projek tersebut.

“Soalnya bukan mereka memberi pinjaman kepada FELDA. Skimnya adalah pakej pembiayaan termasuk tanggungjawab untuk membina, itulah PFI. Ada kontraktor dan Terranova, yang akan bina.”

Shahrir juga berkata syarikat PSIH dan Terranova bukan satu-satunya syarikat yang FELDA runding berkenaan projek tersebut.

“Bukan syarikat itu sahaja yang menawar, ada juga syarikat lain yang menawar. Pasaran mahu FELDA nak buat rumah yang begitu banyak, pelbagai pihak yang datang dan tawar. Jadi kita runding, bincang dan akhirnya tinggal satu sahaja lah iaitu syarikat Putra Star dan Terranova.”

Beliau berkata fasa kedua Projek PGBF tidak dapat dilaksanakan lagi memandangkan terdapat isu-isu teknikal dan pematuhan kepada perjanjian PFI tersebut.

Ketiga-tiga pihak yang terlibat dengan perjanjian tersebut kini dalam proses perundingan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul.

Oleh itu, jikalau perjanjian dengan PSIH dan Teranova tidak boleh diteruskan, FELDA akan mencari cara lain untuk membiayainya.

“Kami perlu berbincang semula dengan kerajaan persekutuan (bagi projek itu). Kalau ada skim-skim yang lain umpamanya badan seperti SPNB, PR1MA, MyDeposit, kita kena lihat semula,” katanya.

Projek PGBF telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Sept, 2012 semasa sesi pembentangan Bajet 2013 melibatkan pembinaan 20,000 unit rumah projek ini dalam tempoh lima tahun.

Lanjutan daripada pengumuman tersebut, FELDA telah menubuhkan syarikat Perumahan Felda Sdn Bhd (PFSB) bagi menguruskan pelaksanaan projek ini.

Pelaksanaan Projek PGBF dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama sebanyak 8,470 unit dan Fasa Kedua 11,530 unit.

Bagi Fasa Pertama, Projek PGBF dipecahkan kepada projek perintis di tujuh lokasi dan melibatkan 2,144 unit. Baki sebanyak 6,326 unit di 26 lokasi telah dibahagikan kepada lima pakej.

Semua projek dalam Fasa Pertama ini dijalankan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik melalui proses tender. Pembiayaan Fasa Pertama adalah dari sumber dalaman FELDA dan juga pinjaman.

Pembiayaan tambahan telah juga diperoleh melalui peruntukan sebanyak RM200 juta yang telah diluluskan di bawah Bajet Kerajaan Persekutuan 2017. – BERNAMA

Tags: Peneroka FELDATan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Datuk Dalang Dadah Felda

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR - 'Hantu' yang membawa masuk bekalan dadah dan menjadi punca penagihan serius dalam kalangan ribuan peneroka Felda di...

Beruntung Jadi Peneroka Felda

07/04/2021
0

FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474). Sejak itu para peneroka terlibat bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd